“Kami Ada Sebab Kami Sendiri” – Tular Gambar Keluarga Bersama Anjing, Ini Kisah Disebalik Foto

Beberapa hari lalu tular di media sosial gambar sebuah keluarga bersama seekor anjing. Foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang komen berunsur kecaman, tak kurang juga yang bersangka baik.

Terbaru, Syed Azmi menerusi laman Facebooknya berkongsi kisah sebenar foto keluarga ini. Syed Azmi bertanyakan sendiri kepada salah seorang daripada mereka. Korang baca sendiri kisah sebenar keluarga ini.

Dah biasa dengan komen negatif.

Foto ini tular di media sosial beberapa hari yang lalu. Takda niat jahat, tapi dia terpegun dengan foto itu.

Saya korek dengan lebih mendalam hanya nak pastikan keluarga itu okay dari semua komen negatif. Ia membimbang saya sedikit kerana saya pernah hadapinya sebelum ini.

Alhamdulillah, saya berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga dan berbual. Di sini, saya kongsikan perbualan kami. Yakinlah, semuanya ok.

“Assalammualaikum nama saya A dan saya boleh tahu kenapa kamu cari keluarga saya?”

Saya: “Saya hanya nak pastikan keluarga dalam foto itu ok dan selamat.

“Oh, kami ok, itu adalah foto lama, kami sudah biasa dengan komen negatif daripada orang, kami abaikan mereka. Terima kasih banyak atas keprihatinan awak, saya sebenarnya pergi ke acara awak, IWTTAD  beberapa tahun lalu sebelum foto itu diambil kerana ayah saya memiliki rottweiler untuk tujuan penjagaan rumah tapi saya takut anjing. Jadi acara awak agak membantu saya mengatasi ketakutan saya.

Saya menghormati awak dan cara anda mengendalikan apa yang anda lalui selepas acara tersebut. Terima kasih sebab tanya keadaan kami. Hanya abaikan apa yang orang kata dan terus lakukan apa yang hati awak nak buat.”

Saya tanya tentang foto dan persetujuan untuk berkongsi foto ini. Berikut adalah kisah sampingan mereka dan saya rasa berbesar hati untuk berkongsi. Semoga Allah melindungi mereka.

Takda guna nak yakinkan orang.

Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014. Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka. Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami.

Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.

Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

Jangan lekas menghukum seseorang sebelum mendengar kisah daripada pihak mereka. Ada sebabnya kenapa mereka membela anjing.

Kredit : Syed Azmi

The post “Kami Ada Sebab Kami Sendiri” – Tular Gambar Keluarga Bersama Anjing, Ini Kisah Disebalik Foto appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment