Sekali lagi, H&M membawakan perubahan baru pada dunia fesyen. Kali ini, H&M mendedahkan kolaborasinya bersama pereka eksklusif, Erdem, sebuah pereka fesyen yang menetap di London yang turut menjadi kegemaran para selebriti dan juga pengemar fesyen.
Selain itu, H&M turut mendedahkan kerjasama bersama pembuat filem yang terkenal, Baz Lurmann dalam memperkenalkan koleksi itu menerusi ceritanya yang unik. Koleksi ERDEM x H&M boleh didapati di cawangan H&M yang terpilih dan juga di hm.com pada 2 November ini.
Hanya untuk H&M, Erdem telah mereka koleksi baru buat wanita dan juga buat pertama kalinya koleksi buat lelaki. Erdem percaya pada kuasa kecantikan, meneroka rujukan sejarah dan naratif peribadi dalam setiap rekaannya untuk kolaborasi ini.
Erdem
Untuk kolaborasi ERDEM x H&M, dia akan menampilkan beberapa rekaan terbaiknya, bermain dengan cetakan atau corak, tekstil dan kerja tangan yang halus yang telah menaikkan namanya.
Baz Luhrmann
“Saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan H&M dan meneroka kerja saya pada skala yang baru termasuk koleksi pakaian lelaki yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Ia juga adalah satu penghargaan untuk bekerjasama dengan Baz Luhrmann, salah satu pembuat filem yang terkenal pada masa ini,” Erdem.
Ann-Sofie Johansson, Ketua Pereka H&M
The post H&M Dedahkan Kolaborasi Bersama Erdem appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment