Ubah Suai Baju Raya Lama Anda

Mengapa perlu berbelanja lebih jika anda mampu menggunakan persalinan  raya tahun lalu yang disuai padankan bersama top atau skirt baru anda. Cara ini bukan sahaja menjimatkan duit poket bahkan hasilnya juga cukup menyerlah.
 

 
Nostalgik Raya

Warna hijau sememangnya memberi ilusi nyaman dan segar. Jika anda mempunyai persalinan kebaya nyonya, apa yang anda boleh lakukan adalah menyuaipadankan ia dengan skirt labuh yang mempunyai corak warna sama. Rantai mutiara dan tas tangan anyaman mengkuang  merah jambu melengkapkan keseluruhan gaya ini.
 

 
Minimalis senantiasa

Jika anda ingin tampil lebih muda, gaya ini untuk anda. Top dengan potongan ropol pada bahu sememangnya masih hangat di pasaran. Gayakan ia dengan skirt labuh berenda biru cair bernatar coklat. Meskipun warnanya berbeza namun suai padan ini mempunyai karakternya tersendiri. Tidak semua orang mampu membawa gaya ini.
 

 
Warna senja menawan

Istimewa untuk anda yang gemarkan warna tanah, kebaya nyonya polos dari gerobok lama yang disuai padankan bersama skirt labuh berfabrik broked tentunya membuatkan penampilan anda tampak sempurna. Gabungan warna yang digunakan juga tidak lari dari warna asal. Fabrik broked terkenal dengan gayanya yang cukup gah sekali gus menaikkan seri keseluruhan persalinan. Masa untuk beraya!
 

 
Anggun memikat

Persalinan yang cukup gah dan versatil. Padanan top broked berwarna emas gangsa dan skirt broked perak sememangnya helaian yang perlu dimiliki. Kasut bertumit dengan bulu sintentik dan tas tangan berlabuci melengkapkan keseluruhan penampilan. Gaya ini sesuai untuk acara malam seperti menziarahi rakan terdekat sempena raya.
 

 
Bersopan salam di pagi raya

Baju kurung tidak semestinya membosankan. Jika anda mempunyai persalinan kurung renda dari raya terdahulu, gayakan fabrik renda tersebut dengan kurung baru untuk menampilkan sesuatu yang diluar jangkaan. Peraturannya mudah, pastikan kombinasi warna latar sama. Aksesori seperti kasut bertumit dan subang bulat emas bersama tas tangan baldu dan gelang ungu menaikkan aura gaya ini.
 

 
Terpaku mempersona

Jangan takut untuk eksperimenkan suai padan gaya anda! Jika dilihat pada tata gaya ini, meskipun fabriknya berbeza namun ia sama sekali tidak mengganggu keseluruhan penampilan. Ini kerana top broked perak adalah warna yang mudah mesra jika ditambah dengan apa juga warna diatasnya.

 

The post Ubah Suai Baju Raya Lama Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment