Hari Raya adalah hari yang paling menggembirakan kerana kita dapat berkumpul bersama dengan sanak saudara yang lama tidak ketemu. Sudah menjadi lumrah apabila tiba hari raya, semua akan berangkat pulang ke kampung halaman. Oleh itu, amat penting sekali jika anda memeriksa dahulu kenderaan anda sebelum anda pualng ke kampung. Jelita kongsikan senarai semak kenderaan anda untuk lancarkan perjalanan pulang ke kampung.
Tayar
Pastikan semua tayar masih boleh digunakan dalam keadaan jalan lasak dan basah. Angin dan tekanan tayar juga perlu mencukupi, selain memastikan balancing dan allignment yang baik.
Bateri
Periksa bateri kereta anda untuk memastikan ia masih mempunyai hayat yang lama dan boleh digunakan sepanjang perjalanan pulang dan balik perayaan.
Enjin
Servis kereta dengan menukar minyak hitam dan penapis minyak. Biar kereta berganti dengan minyak enjin baru untuk perjalanan yang jauh.
Petrol
Isi penuh tangki petrol supaya perjalanan anda berjalan dengan lancar.
Cermin sisi dan pandang belakang
Kedua-duanya haruslah berada dalam keadaan yang baik dan pada sudut yang betul agar memudahkan anda mengawasi pergerakan kenderaan sendiri dan orang lain.
Lampu signal
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu signal kanan dan kiri anda masih baik agar memudahkan anda memberi isyarat menukar laluan dan sebagainya.
Pengelap cermin
Pastikan pengelap cermin anda dapat menjalankan tugas dengan baik dalam keadaan hujan lebat. Hal ini membantu tahap penglihatan yang jelas kala memandu.
Alat hawa dingin
Untuk menjamin keselesaan sepanjang perjalanan yang jauh, penghawa dingin mestilah dapat memberikan tahap kesejukan yang sempurna.
Brek
Pastikan pad brek masih lagi tebal dan boleh digunakan dengan baik.
Lampu brek
Pastikan juga lampu brek berfungsi untuk memudahkan kenderaan belakang dapat mengawasi jarak dan pemanduan anda jika anda menekan brek.
The post Senarai Semak Kenderaan Lancarkan Perjalanan Balik Kampung appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment