Ramadan ialah bulan yang suci buat umat Islam yang mana setiap orang diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.
Sempena bulan puasa yang mulia ini, Kimball, jenama produk kulinari rakyat Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun menyediakan resipi-resipi untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat.
Resipi-resipi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball. Hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga untuk menjalani puasa dengan selesa. Jadi, jom kita ikuti resipi mudah dari Kimball ini untuk hidangan sahur seisi keluarga.
NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Kos: RM13.00
Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng
Untuk hiasan:
3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.
2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.
3. Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.
The post Resipi Ramadan : Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment