Berpuasa adalah perkara yang wajib dilakukan oleh umat Islam. Semua berkejar untuk mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan beribadah dan melakukan amalan sunat. Namun adakah anda pasti anda mendapat puasa pahala yang banyak? Elakkan melakukan perkara ini untuk menjaga pahala puasa anda.
Tinggalkan Solat Fardhu
Besar kesilapan jika anda puasa tetapi meninggalkan solat fardhu. Ia adalah ibadah wajib dan berdosa jika ditinggalkan. Sia-sia sahaja anda berlapar dan dahaga tetapi tidak menunaikan solat fardhu. Di bulan ramadan ini cuba memperbaiki diri kerana jika tidak rugi pahala puasa anda.
Tidur Terlalu Banyak
Melebihkan waktu tidur atau bermalasan juga antara amalan yang merugikan pahala puasa. Perbuatan tidur sepanjang hari ini dianggap mahkruh. Anda digalakkan untuk menjadi lebih aktif di bulan puasa dan memperbanyakkan ibadah atau melakukan perkara berfaedah. Berpuasa bukan alasan untuk anda berehat atau tidur sepanajang hari.
Meninggalkan Sahur
Kerugian yang kerap dilakukan oleh kebanyakan orang ialah malas bersahur. Ia sangat penting kerana makanan dan minuman ketika sahur merupakan sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti harian. Banyak fadhilat orang yang bangun untuk sahur dan ianya membantu dari segi kesihatan.
Membazir
Umat Islam menjadikan waktu berbuka puasa seperti pesta. Berbelanja berlebihan membeli pelbagai makanan mngikut nafsu yang kemudiannya hanya dibuang kerana tidak termakan.Bulan mulia ini sepatutnya anda bersederhana dalam berbelanja. daripada membazir lebih baik bersedekah kepada yang memerlukan.
Tidak Menjaga Pergaulan.
Segelintir umat islam masih lagi tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Memakai pakaian yang menutup aurat juga amat digalakkan agar ia tidak mengurangkan pahala anda. Elakkan juga berkunjung ke tempat kurang baik seperti pusat karaoke, panggung wayang dan sebagainya. Cuba perbaiki diri anda di bulan ramadan dengan melakukan amal ibadah.
Tidak Menjaga Mulut
Mengumpat seperti menjadi darah daging manusia pada hari ini. Ia adalah perkara yang patut ditinggalakan kerana boleh mengurangkan pahala dan mungin membatalkan puasa. Kurangkan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati atau perkataan yang sia-sia. Banyakkan berzikir dan memuji kebesaran Allah. Sekurang-kurangnya pahala anda bertambah dari membuang masa mengumpat.
Cuba hayati erti sebenar ramadan, apa tujuan kita berpuasa. Perbaiki diri dengan meninggalkan larangan Allah dan memperbanyakkan amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat yang lain kerana mungkin ini adalah ramadan terakhir bagi anda.
The post Perkara Yang Membuatkan Pahala Puasa Kurang appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment