Tahukah anda, cermin mata juga boleh mempengaruhi seseorang itu untuk tampak lebih muda? Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point, Datuk Liaw Choon Liang memberikan segala jawapan mengenai teka-teki yang sering bersarang di minda anda mengenai penggunaan cermin mata.
Soalan: Bagaimana untuk mengenal pasti cermin mata yang sesuai untuk seseorang?
Jawapan: Pertama, kita harus mengenal pasti bentuk muka. Kemudian pilih bentuk kaca mata yang berbeza dari raut wajah untuk tampil lebih menyerlah. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai raut wajah berbentuk bulat, kami sarankan untuk memilih bingkai mata berbentuk empat segi. Jika muka berbentuk petak, pilih bingkai kaca mata bulat untuk mengimbangi keseluruhan bentuk muka. Manakala untuk wajah berbentuk hati, bingkai bottom-heavy untuk menyelaraskan kelebaran muka atau rimless frames berwarna cerah juga sesuai untuk muka jenis ini.
Kedua, tona kulit warm kaca mata berwarna seperti kuning air, coklat, jingga, merah, emas sesuai untuk jenis kulit ini. Untuk tona sejuk pula, kami sarankan anda memilih warna yang lebih kuat seperti hitam, putih, perak atau biru.
Ciri ketiga adalah melalui personaliti atau karakter. Saya mencadangkan 4 personaliti utama untuk dititikberatkan apabila melibatkan pemilihan kaca mata yang sesuai.
- Dramatik- Potongannya unik dan berfesyen
- Klasik- Ianya lebih ringkas namun tampak mahal
- Elegan- Cermin mata yang berunsurkan glamour dan mewah
- Sporty– lebih santai dan selesa
Soalan: Apakah kriteria yang perlu dilihat untuk membuat cermin mata yang sempurna?
Jawapan: Tahap kualiti cermin perlu dititikberatkan. Ini termasuklah lensa UV, ketahanan dan keselesaan apabila memakai.
Soalan: Bagaimana untuk nampak lebih bergaya ketika memakai cermin mata?
Jawapan. Sudah tentunya dengan solekan. Sebagai contoh, gincu bibir merah hati menaikkan seri wajah seseorang ditambah pula dengan cermin mata yang cukup bergaya. Jangan lupa pakaian yang versatil juga menyumbang kepada faktor ini. Untuk aktiviti luar, anda boleh menambah aksesori seperti skarf atau topi dengan warna yang ceria.
Soalan: Bagaimana untuk nampak lebih muda dan ranggi dengan kaca mata?
Jawapan: Untuk wanita berusia, anda digalakkan memilih kaca mata mengikut personaliti namun masih mengekalkan ciri klasik dan elegan. Cuba cermin mata yang mempunyai bingkai warna lembut yang sesuai dengan kulit untuk nampak lebih muda.
Soalan: Tip penjagaan kaca mata yang betul untuk tahan lama?
Jawapan: Pertama, letakkan ia didalam bekas cermin mata sekiranya tidak digunakan dan elakkan terkena pancaran terus matahari. Kedua, hindari dari menggunakan fabrik selain dari mikrofiber untuk membersihkan kaca mata. Ketiga, tukar pembersih kain mikrofiber setiap 3-4 bulan jika digunakan secara kerap. Keempat, basuh kaca mata dengan air bersih sekiranya seharian melakukan aktivti lasak dan hindari menggunakan cermin mata dengan cara lain seperti cekak rambut dan sebagainya.
The post Muda Bergaya Dengan Cermin Mata appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment