SM Entertainment telah pun mengesahkan berita mengenai perpisahan Kai EXO dan dan Krystal f(x) setelah setahun mereka menjalinkan hubungan percintaan.
Label itu memaklumkan kepada pihak media, “Ia benar yang mereka (Kai dan Krystal) sudah membawa haluan masing-masing.” Pasangan idola ramai ini mengaku yang mereka mempunyai hubungan cinta pada April 2016 selepas gambar-gambar Dispatch mereka tersebar.
Awalnya satu laporan dari Korea menyatakan yang mana Kai dan Krystal mula berjauhan dek kerana jadual masing-masing yang agak padat. Pada masa yang sama, Kai sedang membuat persediaan untuk drama pagi KBS2 yang berjudul ‘Andante’ manakala Krystal sibuk menguruskan persediaan untuk drama fantasi romantis tvN bertajuk ‘Bride of the Water God’.
Ada juga sumber yang terdekat dengan pasangan ini menyatakan,”Mereka sudah agak sukar untuk bertemu selalu kerana jadual kerja yang padat. Saya tidak tahu sebab yang sebenarnya atas perpisahan mereka tetapi saya rasa mereka berdua mahu mula fokus pada kerjaya masing-masing.”
The post Kai EXO Dan Krystal f(x) Sah Putus Hubungan appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment