Edisi hijab jadi bingkisan istimewa sempena Aidilfitri ini bersama empat personaliti terhebat; Kuza, Noryn Aziz, Nadia Annuar dan Rozana Mumtaz.
Dipilih menghiasi halaman depan Jelita bulan ini berikutan kehebatan persona dan identiti keempat-empatnya dalam bidang yang diceburi masing-masing. Sedia maklum lakonan Kuza yang sentiasa berkesan setiap kali muncul di kaca televisyen. Noryn Aziz sudah tentu antara vokalis tersohor yang dirindui ramai, kami kongsikan khabar terbarunya. Celoteh Nadia Annuar cukup menghiburkan apatah lagi sibuk dengan perniagaan terbaru mengikut jejak ibunya yang terkenal itu. Manakala Rozana Mumtaz adalah tunggak kepada Reka Teemor, penyedia khidmat pengurusan acara dan perancang perkahwinan eksklusif paling dicari ketika ini.
Selain itu, ketahui senarai jenama hijab terbaik di pasaran menerusi Anugerah Pesona Hijab Jelita 2017 yang julung-julung kali kami perkenalkan, khas buat rujukan anda. Malah, ada jenama baru tetapi kualiti produknya cukup memuaskan. Pengadilan anugerah ini telah dilakukan oleh editor Jelita, Anida Salwani Abdul Hadi, penulis, Ayra Sulaiman disertai pelakon jelita, Sherry Ibrahim dan jurugaya hijab, Hana Halim.
Jika anda mencari lokasi memanjakan diri berkualiti, saksikan senarai spa dan salon yang telah kami cuba dan nobatkan dalam Anugerah Belai Diri Jelita 2017.
Bagi yang mahu mendalami masalah Kemurungan yang kronik, Fokus Jelita ketengahkan topik ini secara menyeluruh. Apakah puncanya? Bagaimana kendali emosi terganggu dek tertekan menjaga anak kecil dalam pantang? Kisah benar seorang wanita yang nyaris membunuh diri hanya kerana terasa terlalu sepi dek dipinggir rakan-rakannya.
Nama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, pemilik bisnes D’Herbs sering menjadi sebutan sejak kebelakangan ini. Tapi bukan masalah pembantu domestik yang kami hendak kecohkan tetapi kami telah kunjungi ke terataknya untuk melihat inspirasi hiasan dalaman yang dia terapkan di rumahnya itu. Malah, ada info terkini mengenai progres rumah terbarunya yang bakal siap September ini.
Mahu cuba menangi hadiah hebat? Rebut peluang menangi terapi SweatSpa, set Superware Picnic, pakej percutian lengkap di Lost World of Tambun dan beg tangan Sometime by Asian Designers selain hadiah menarik di web Jelita.
Usah ketinggalan ya…
The post Jelita Edisi Hijab bersama Kuza, Noryn Aziz, Nadia Annuar dan Rozana Mumtaz appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment