Sama ada anda ingin merancang untuk meraikan majlis hari jadi, perayaan atau makan bersama ahli keluarga atau teman rapat, ruang makan adalah tempat tumpuan dalam mengeratkan perhubungan.
Dengan susun atur dan dekorasi yang sesuai, anda boleh menambah lagi keceriaan pada ruang makan. Sekali gus, boleh menerbitkan suasana yang selesa dan praktikal terutama apabila anda menerima kunjungan tetamu. Terdapat beberapa elemen yang perlu diberikan perhatian untuk mencapai gaya ruang makan yang menarik. Antara elemen tersebut adalah:
1. PEMILIHAN SAIZ PERMAIDANI YANG BETUL
Pilih permaidani dengan saiz yang luas dan boleh merangkumi ruang untuk menolak kerusi ke belakang apabila bangun. Jika anda memilih permaidani yang kecil yang hanya merangkumi ruang makan, kaki kerusi akan tersangkut di hujung permaidani apabila kerusi ditolak masuk ke bawah meja. Hal ini boleh merosakkan permaidani dalam jangka masa yang terdekat dan sangat tidak praktikal.
2. MATERIAL MEJA MAKAN YANG TAHAN LAMA
Meja makan perlu menampung banyak aktiviti kerana bertindak sebagai ruang interaksi kedua yang tidak kurang pentingnya dalam kediaman. Maka, material yang dipilih perlulah tahan lama. Meja kayu dan meja kaca adalah sangat disarankan. Elemen urat kayu juga menampakkan imej mewah dan kedua-duanya juga mudah dibersihkan.
3. KERUSI REKA BENTUK DAN WARNA UNIK
Anda boleh membeli pelbagai jenis reka bentuk kerusi untuk satu meja makan bagi menimbulkan keunikan.Tetamu akan lebih tertarik dengan penampilan baru ini dan nampak lebih dialu-alukan. Anda juga boleh memilih kerusi dengan fabrik corak menarik perhatian dan unik yang akan memberi suasana baru yang selesa.
4. LAMPU GANTUNG DI ATAS MEJA
Terdapat reka bentuk lampu gantung yang cantik boleh dipilih. Lampu di atas meja memeriahkan lagi makanan yang dihidang dan mampu menyediakan pencahayaan yang praktikal. Reka bentuk lampu yang mudah dengan sedikit sentuhan emas kini menjadi trend yang diminati ramai.
5. BELANJA SEDIKIT UNTUK DEKORASI
Mewahkan ruang makan anda dengan sedikit dekorasi yang boleh menangkap pandangan. Dengan perbaharui pinggan, bunga dan tumbuhan dekorasi, pasu, dan bekas minuman, semuanya dapat memberi suasana baru dan selesa untuk tetamu yang bakal hadir dan juga tuan rumah itu sendiri.
The post Idea Dekorasi Ruang Makan untuk Sambut Tamu appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment