Cantik dan sihat bukan sahaja dengan mengambil suplemen atau makanan tambahan. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh amalkan tanpa mengeluarkan bajet yang besar.
Antaranya dengan minum jus sayuran atau buahan yang dibuat sendiri oleh anda. Jelita kongsikan beberapa resipi jus yang bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan anda.
Jus Mengurangkan Kolesterol
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini. Anda cenderung untuk mengambil makanan yang berlemak dan tidak sihat ketika berpuasa. Untuk mengimbangi kembali kadar kolesterol anda, apa kata cuba untuk buat sendiri jus ini dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bahan-bahan:
- 250 gm betik
- 250 gm nanas
- 250 ml jus perahan oren
- 1 biji lemon
- 250 ml air soda
Cara:
- Potong kecil betik dan nanas. Kisar kesemuanya sehingga halus.
- Kemudian, campurkan dengan jus oren, lemon dan air soda. Kacau sehingga sebati.
- Ketika dihidangkan, campurkan dengan ketulan ais.
Jus Penyejuk Badan
Jus ini boleh bertindak sebagai penyejuk dan menurunkan suhu tubuh yang kepanasan menjadikan tubuh lebih selesa dan segar. Malah, ia juga membantu menyegarkan nafas anda.
Bahan-bahan:
- 2 biji epal.
- 2 biji peria.
- 1 cawan susu
Cara:
Kisar kesemua bahan tersebut dan minum apabila anda terasa bahang dari dalaman badan anda.
Jus Menguatkan Antibodi
Resipi jus ini mengandungi pelbagai Vitamin C dan B2 yang baik untuk kesihatan anda. Malah, ia membantu menguatkan antibodi tubuh untuk melawan penyakit.
Bahan-bahan:
- 50 gm tembikai
- 50gm tembikai susu
- 50 gm anggur hitam
- 1/2 cawan susu
Cara:
Kisar kesemua bahan ini sehingga halus. Boleh campurkan dengan ais jika sukakan jus yang sejuk. Anda boleh tambah bahan-bahan tersebut dengan jumlah yang sama rata kesemuanya.
The post Cantik Dan Sihat Dengan Jus Buatan Sendiri appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment