Anmum Essential Berikan Kesedaran Tentang Kepentingan Otak Melalui Kempen ‘Grow Amazing’

Mungkin anda dapat melihat anak anda semakin membesar dan kuat secara fizikal namun pernahkan anda terfikir samaada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak juga agak sukar untuk diperhatikan.
 

 
Menurut Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia, ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik buat anak mereka. Oleh itu, ia amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak. Justeru itu, Anmum Essential telah memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan si manja.
 
Tahukah anda bahawa sel otak mula terbentuk pada sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel otak, jumlah perhubungan antara sel otak tersebut juga amat penting.
 
Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan sel otak ini berkembang dengan pesat dan setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel dengan sel otak yang lain setelah si manja anda dilahirkan. Apabila mencapati usia dua atau tiga tahun, hubungan sel  otak ini mungkin telah berganda sebanyak enam kali.
 
Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, perhubungan antara sel otak itu juga dikenali sebagai synapse. Pengalaman awal dan persekitaran luar adalah di antara faktor yang meransang pembentukan hubungan sel otak. semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak yang terbentuk. Tambahnya lagi, perhubungan antara sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amamt penting dalam  tumbesaran otak.
 

 
DHA dan Gangliosida (GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.
 
Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata  pengambilan GA daklam sehari. Selain dari makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur . pengambilan GA juga boleh ditingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Selain itu, Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum Essential juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.
 
Ketahui lebih lanjut cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dnegan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di laman web rasmi Anmum.

The post Anmum Essential Berikan Kesedaran Tentang Kepentingan Otak Melalui Kempen ‘Grow Amazing’ appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment