6 Tip Untuk Pastikan Mekap Tahan Lama

Setiap perkara memerlukan asas yang sempurna dan ini termasuklah solekan. Asas yang sempurna dalam solekan bukanlah semata-mata lapisan foundation yang tebal tetapi teknik dan bahan solekan yang digunakan juga amat penting. Jelita kongsikan enam tip untuk pastikan mekap anda tahan lama.
 

Gambar: Shutterstock


 
Gunakan Primer & Bedak Asas Cecair

Untuk asas wajah mahupun asas kelopak mata yang baik, penggunaan primer adalah penting untuk memastikan asas wajah dan rona pembayang mata anda tahan lebih lama. Untuk kesan yang lebih lama, selepas aplikasi primer, lapisinya dengan bedak asas cecair seperti bedak asas kusyen kerana majoriti tekstur bedak asas ini lebih tipis namun ia mampu meliputi seluruh wajah dan ia juga kekal lama.
 
Kemaskan solekan dengan bedak lut sinar

Kebanyakkan lebih gemar menggunakan bedak tabur yang sememangnya penting bagi melitupi bahagian yang tertinggal kala anda menyapu bedak asas cecair tadi. Tapi untuk kesan yang lebih cantik, cuba gantikan bedak tabur dengan bedak lut sinar di mana fungsinya sama sahaja malah ia lebih ringan dan membuat kulit anda lebih bersinar.
 
Pemerah pipi cecair

Gunakan pemerah pipi jenis cecair dan ia lebih berguna jika pemerah pipi jenis ini dapat juga dicalit pada bibir. Ia pastik akan memberikan hasil yang tahan lama dan lebih menyerlah.
 
Bulu mata kekal lebar dan lentik

Sekadar memakai maskara tidak akan menjadikan bulu mata anda melentik sempurna. Cara yang lebih berkesan adalah dengan menggunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara. Teknik ini tidak mengambil masa yang lama.
 
Semburan wajah

Selepas selesai solekan, semburkan semburan solekan ini agar wajah anda tampil lebih segar dan sempurna. Pastikan anda memilih semburan yang mengandungi vitamin dan tidak menyebabkan pori anda tersumbat.
 
Oles pewarna bibir bertekstur pusam

Pemakaian pewarna bibir ini akan memberikan kemasan yang sama seperti gincu cuma ia lebih menyerlah dan tahan lebih lama, Jadi anda tidak perlu kemaskan solekan anda setiap kali selepas menjamu selera.
 
Sumber: EH!

 

The post 6 Tip Untuk Pastikan Mekap Tahan Lama appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment