Bila tiba saja musim perayaan, memang wajib untuk kita berdepan dengan kesesakan jalan raya!
Seksanya..tapi demi semangat nak balik dan beraya di kampung, hadap jelah. Asalkan sampai di kampung halaman yang tersayang kan.
Dekat sini, kami nak senaraikan beberapa situasi di jalan raya yang wajib korang hadapi setiap kali musim perayaan. Mesti korang pernah lalui kan? Jom baca sampai habis..
Bila time raya, semua jalan raya jam tapi dekat KL je jalan tiba-tiba clear!
Haa..siapa yang raya KL tu mesti tau kan setiap kali raya, mesti jalan lengang. Masa ni nak baring atas jalan pun takde hal. HAHA!
Kalau hari biasa di KL, memang tak sah kalau sehari tak jam. Walaupun weekend, TETAP jalanraya tu penuh. Tapi nak buat macam mana kan, hadap jela!
Bila waktu raya jelah baru merasa jalan raya kosong. Bahagia je rasa memandu. Lepas tu, tak payah nak risau pasal kondisi enjin kereta korang. Yelah, bila jalanraya clear, perjalanan pun rasa smooth je.
Kawasan rehat penuh dengan orang. Parking tak payah cakap la penuh macam mana..
Paling azab bila dah lama stuck dalam jam tu lepas tu tak tahan sangat nak buang air. Bila dah sampai kawasan rehat tu, terus lega, TAPI…punah harapan bila tengok penuh sangat manusia.
Lepas tu memang harapan la nak dapat parking. Alahai…dah tak tahan sangat ni!
Haa..apa kata korang singgah je stesen minyak dan gunakan tandas di situ. Sebab terdapat lebih banyak stesen minyak daripada RnR di Malaysia ni. Lagipun, ada sesetengah jalanraya yang takde RnR kan, so, stesen minyaklah jadi penyelamat!
Haa..dah alang-alang singgah tu, isi lah minyak sekali. Standby, mana tahu tersekat lama dalam jam nanti!
Sakit pinggang bila duduk lama sangat dalam kereta. Yang memandu tu lagi penat tekan brake!
Siapa-siapa yang kampung jauh tu mesti boleh relate dengan situasi ni kan. Nak-nak bila ramai-ramai dalam kereta tu, dia seorang je boleh drive. Lepas tu yang lain tu bukan nak teman drive, boleh bantai tidur pulak! Arghhh..stresnya..
Bukan saja penat bila terperangkap dalam jam, ditambah dengan mengantuk dan lapar pulak. Aduhh..
Chill lah korang! Apa kata korang singgah di stesen minyak terdekat dan rehat sambil stretching kan badan ke, basuh muka ke, check kondisi enjin kereta ke.
Nak lagi best, korang belilah kopi dan snacks di Shell deli2go. Macam-macam ada dekat deli2go tu! Bagi sesiapa yang nak singgah solat, dekat Shell pun ada surau. Bolehlah singgah sebentar dan selesaikan tanggungjawab korang.
Solat dah selesai, badan dah segar, perut pun dah kenyang, barulah selesa nak mulakan perjalanan jauh!
Perjalanan 3 jam pun boleh jadi 8 jam!
Paling sakit hati kalau jam jenis yang tak bergerak lansung tu. Berjam-jam tersekat di tempat yang sama. Bilalah nak sampai kampung ni..Huhu!
Traffic jam ni memang sesuatu yang kita takkan dapat elak sebenarnya. Tapi, korang kenalah sentiasa bersedia tau.
Mesti dah boleh agak macam mana teruk jam pada musim raya ni kan, so, korang kenalah merancang perjalanan korang dengan selalu mengikuti info trafik di radio atau Twitter.
Lagi satu, risau pulak dengan keadaan enjin kereta korang. Yelah, bila berjam-jam sangkut dekat jam, takut pulak enjin ada masalah. So, berhentilah kejap di mana-mana stesyen minyak Shell,
Seronok je tengok penunggang motosikal boleh mencelah. Tapi kesian pulak masa hujan!
Bila kita tengah stuck tu, mesti dalam kepala dok terfikir, “Bestnya kalau aku bawak motor sekarang, boleh mencelah. Kejap je dah sampai kampung nanti”.
Tapi korang pernah tak tiba-tiba terfikir, bila dah stuck lama tu, cukup ke tak minyak kereta nak sampai kampung ni? Yelah, mesti jam teruk sebab semua orang pun nak balik raya time sama. Entah enjin korang ok ke tak!
Haa..sebab tulah penting untuk korang pastikan minyak kereta dah diisi full tank! Takdelah tiba-tiba kereta mati tengah jalan. Nak lagi bagus, isilah di Shell.
Jangan bimbang sebab skarang ada DYNAFLEX jadi bolehlah lega sikit. Semua bahan api Shell baru kini dengan teknologi DYNAFLEX. Teknologi DYNAFLEX boleh membersihkan dan melindungi enjin korang untuk perjalanan yang lebih efisien.
Dengan teknologi DYNAFLEX, perjalanan sesak macam mana pun terasa lancar je!
Teknologi atau formulasi baharu dari Shell ni turut boleh didapati di semua stesen minyak Shell di seluruh negara sesuai untuk semua enjin kenderaan sama ada model terkini atau lama.
Jadi, enjin kereta korang akan kekal efisien dan terjaga walaupun stuck dalam traffic jam berjam-jam!
So, apa lagi, pilihlah Shell DYNAFLEX di musim perayaan dan setiap masa agar prestasi enjin korang dapat ditingkatkan!
The post 5 Situasi Di Jalan Raya Yang Korang Kena Lalui Setiap Kali Musim Perayaan. Jom Follow Tips Ini Untuk Perjalanan Yang Lancar! appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment