Lebaran datang lagi dan pasti saja ia mahu disambut dengan penuh kemeriahan. Rumah harus dihias indah namun tidak semestinya semua harus ditukar baru. Ikut pandu tip EH! dalam menzahirkan dekorasi idaman sempena bulan Syawal ini.
1. Bingkai gambar kenangan mampu memberi nilai tambah pada dekorasi rumah anda terutama ketika majlis rumah terbuka diadakan.
2. Tidak semestinya harus menggantikan perkakas baru, gunakan sahaja apa yang ada dan beri sentuhan baru pada susun atur di ruang tamu.
3. Jika anda mahu mengecat rumah, ambil kira ruang yang ada. Jika ruang yang ada sempit pilih rona yang lebih cerah untuk memberi ilusi yang lebih luas.
4. Jadi kreatif dengan mengitar semula apa yang ada. Aplikasikan trend vintaj mengikut kesesuaian barangan yang ada di rumah anda.
5. Karya lukisan atau kaligrafi moden pada dinding mampu membantu memberi pengisian serta fokus kepada ruang yang ada. Pilih rekaan dalam sentuhan moden dengan mainan warna yang menarik.
6. Ramai yang sibuk mengemas cantik bahagian dalam rumah sehingga ada yang terlepas pandang kepentingan laman rumah. Jangan ambil mudah akan hal ini. Pastikan halaman rumah bersih dan tiada benda yang tidak berguna ditinggalkan di luar.
7. Sebagai pelengkap, pilihan aroma sama ada lilin wangi dan pewangi rumah mampu memberi justifikasi yang baik buat usaha anda.
8. Kuntuman bunga segar menghias meja di pagi lebaran mampu menjadi pelengkap dekorasi.
9. Soft finishing seperti kusyen kecil di atas sofa dapat membantu menambah nilai dekorasi ruang namun harus diingat usah berlebihan dan pilih yang ringkas.
10. Isi setiap ruang yang ada dengan pencahayaan yang betul kerana ia mampu memberi ilusi dan mood yang lebih eksklusif.
The post 10 Tip Dekorasi Ruang Kediaman appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment