Tutukurung Untuk Anak Gadis Anda

Oleh: Anida Salwani

Ya, satu kelainan dalam seleksi busana Raya buat anak gadis anda – Tutukurung – gabungan tutu dan baju kurung. Usahasama antara Jovian Mandagie dan jenama Brunei, Sugar Sugar ini memeriahkan industri fesyen Aidilfitri tahun ini.

Pada 2015, Sugar Sugar melancarkan busana tutu santun buat pertama kalinya untuk anak gadis dan ia telah mendapat sambutan luar biasa. Menurut pemilik jenama ini, Jacqueline Cheong, dia mencipta rekaan dan istilah Tutukurung selepas melihat ada kelopongan dalam industri. Sugar Sugar kini cukup sinonim dengan dress ala bespoke yang mampu mengujakan anak dara kecil dan ibu mereka.

Justeru, Sugar Sugar x Jovian tercipta dan ia adalah produk dua pereka yang cukup padu dalam dunia fesyen. Rangkaian ready-to-wear (RTW) ini diinspirasikan daripada puteri-puteri kisah dongeng yang sentiasa segar dan menjadi ikutan kanak-kanak. Mengutamakan kesempurnaan, koleksi ini dicipta selesa, versatil dan boleh digayakan, dengan perincian rumit dan hasil sulaman untuk membuat setiap anak perempuan terasa seperti seorang puteri.

“Anak gadis mana yang tidak suka bermain dress-up! Tutukurung dan kolaborasi ini terjadi kerana saya mahu memberi peluang untuk anak gadis bermain dress-up setiap hari. Saya mahu mencipta busana yang cantik dan menyelitkan keterujaan dalam setiap anak gadis yang melihatnya. Kolaborasi dengan Jovian Mandagie ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan bagi hasil kerja saya selama ini.

“Jovian dan saya bersungguh-sungguh dalam setiap ciptaan untuk memastikan visi keterujaan itu mampu tercapai. Saya sendiri teruja kerana menerusi kolaborasi ini, saya boleh menawarkannya pada pasaran yang lebih meluas; rekaan ini boleh sampai kepada lebih ramai fesyenista kecil dan harapnya, dapat menawarkan lebih banyak warna pada dunia ini.” kata Cheong.

Hadir dalam 18 rekaan yang diinspirasikan daripada karakter kartun popular, koleksi ini pastinya mimpi jadi nyata buat si fesyenista genit. Harga dijual daripada RM340 ke RM420 dan koleksi ini turut boleh dibeli di kesemua rangkaian JStore dan stor dalam talian Jovian.

“Saya sudah lama menjadi peminat Sugar Sugar dan idea kreatif mereka mencipta busana tutu yang santun untuk kanak-kanak. Ianya comel, nakal, segar dan cukup menarik untuk pasaran Malaysia supaya anda boleh mencuba sesuatu yang berbeza untuk si kecil,” kata Jovian yang juga Pengarah Kreatif Jovian RTW.

Lebih mengujakan, dua puteri aktor kacak, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra menjadi model bagi koleksi ini. Comel tidak terkata!

The post Tutukurung Untuk Anak Gadis Anda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment