Tip Cegah Penderaan Terhadap Kanak-Kanak

Kes penderaan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah tetapi juga seringkali kita melihat kes penderaan kanak-kanak berlaku di sekolah atau taska. Baru-baru ini, kes seorang pelajar tahfiz terpaksa dipotong kakinya mendakwa telah didera oleh salah seorang guru madrasah tahfiz tersebut. Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi setelah doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya kerana jantungnya yang tidak stabil. Sampai bilakah kes penderaan kanak-kanak ini akan berleluasa? Jelita kongsikan tip untuk membantu mencegah penderaan terhadap kanak-kanak.
 

Gambar: Shutterstock


 
Luangkan Masa Anda

Libatkan diri dengan ibu bapa lain dalam kawasan komuniti anda. Bantulah kanak-kanak yang lemah dan keluarga mereka. Mengadakan kumpulan untuk kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain.
 
Didik Diri Sendiri Dan Individu Lain

Sokongan mudah untuk kanak-kanak dan ibu bapa boleh menjadi cara yang terbaik untuk mencegah penderaan kanak-kanak. Aktiviti selepas sekolah, kelas pendidikan ibu bapa, program mentor dan penjagaan sementara adalah beberapa langkah untuk memastikan anak anda jauh daripada bahaya. Jadilah suara yang menyokong usaha ini di dalam komuniti ini.
 
Ajar Anak Anda Hak Mereka

Apabila kanak-kanka diajar yang mereka adalah istimewa dan mempunyai hak untuk sentiasa berasa selamat di mana-mana sahaja, mereka akan kurang cenderung untuk berfikir bahawa penderaan itu berlaku kerana kesalahan mereka dan mereka akan lebih cenderung untuk melaporkan pendera.
 
Ketahui Apa Itu Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan fizikal dan seksual jelas adalah satu pengaiayaan tetapi begiut juga dengan kecuaian atau kegagalan ibu bapa atau penjaga lain untuk menyediakan keperluan lengkap untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh didera secara emosi apabila mereka tidak diterima, dimarahi atau dipinggirkan secara berterusan
 
Ketahui Tanda Dera

Kecederaan fizikal yang tidak dapat dijelaskan bukanlah satu-satunya tanda anak anda didera. Kemurungan, takut pada individu tertentu, sukar mempercayai individu lain atau sukar membuat membuat kawan, terdapat perubahan mendadak dalam selera makan dan corak tidur, tingkah laku seksual yang tidak sesuai, tidak menjaga kebersihan, selalu berahsia dan sering bermusuh adalah tanda yang menunjukkan anak anda mungki mengalami penderaan secara fizikal, seksual atau emosi.
 
Laporkan Penderaan

Jika anda menyaksikan penderaan kanak-kanak atau melihat bukti penderaan, buat laporan kepada jabatan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak negeri anda atau buat laporan di balai polis yang berhampiran. Apabila bercakap tentang penderaan dengan kanak-kanak, pastikan anda dengar dengan teliti, berikan kepastian kepada kanak-kanak itu bahawa dia melakukan perkara yang betul dengan memberitahu pihak berkuasa dan mengesahkan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
 
Melabur Dalam Hal Ehwal Kanak-Kanak

Menggalakkan pemimpin dalam masyarakat untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga. Tanya majikan unutk menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga. Tanya penggubal undang-undang tempatan untuk menyokong undang-undang untuk melindungi anak-anak kita dan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

The post Tip Cegah Penderaan Terhadap Kanak-Kanak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment