Sharnaaz Ahmad Sah Jadi Suami Noor Nabila

Tahniah buat pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila apabila dengan hanya sekali lafaz, pelakon, Sharnaaz Ahmad sah bergelar suami kepada kakak aktres dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor di sebuah hotel pada jam 9.15 malam, 31 Mac yang lalu.

Sharnaaz telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1.000 kepada Nabila malah pihak pengantin lelaki juga turut memberi lima dulang hantara berbalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Semalam, telah diadakan majlis resepsi sebelah pihak perempuan di sebuah hotel yang terletak di ibu negara. Majlis bertandang pula akan diadakan pada 8 April depan di Pulau Pinang.

Pasangan pengantin baru itu akan berangkat ke Itali untuk berbulan madu setelah selesai majlis resepsi di Pulau Pinang. Jelita kongsikan gambar sekitar majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan ini.

The post Sharnaaz Ahmad Sah Jadi Suami Noor Nabila appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment