Senarai Semak Mudahkan Kembara

Pertama kali atau sudah berkali-kali mengembara ke tempat orang pastinya membuahkan perasaan teruja. Sebelum berangkat, mari semak apa yang perlu dibawa dan segala persiapan penting yang perlu dilakukan. Barulah dapat mengembara dengan tenang!

SENARAI SEMAK:

  1. Selidik destinasi yang ingin dituju. Catat apa yang penting mengenai negara atau tempat berkenaan seperti budaya, cuaca, pengangkutan, tempat makan dan sebagainya.
  2. Beritahu rancangan perjalanan anda kepada ahli keluarga. Fotostat segala dokumen perjalanan yang penting dan berikan kepada mereka sebagai simpanan.
  3. Periksa pasport anda dan pastikan ia masih sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh kembara anda.
  4. Lengkapkan diri anda dengan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan, resit hotel, resit agensi pelancongan, jadual perjalanan dan sebagainya. Ambil salinan fotokopi semua dokumen menggunakan telefon pintar anda.
  5. Pastikan anda mempunyai nombor telefon dan alamat kecemasan untuk pihak insuran, kedutaan dan agensi pelancongan.
  6. Tukar duit ringgit Malaysia kepada mata wang negara yang ingin dituju. Pastikan wang yang ditukar mencukupi sepanjang percutian anda di sana. Jangan lupa bawa wang lebih!
  7. Jangan lupa untuk dapatkan insuran perjalanan.
  8. Gunakan beg kecil dengan ruang simpanan berbeza untuk menempatkan segala dokumen penting, wang dan barang berharga yang boleh dibawa bersama anda ke mana sahaja.
  9. Pastikan anda membawa segala keperluan penting seperti pakaian yang mencukupi, ubat-ubatan jika perlu, makanan ringan, pengecas gajet dan sebagainya.
  10. Bawa gajet seperti telefon pintar dan kamera yang penting untuk berkomunikasi dan merakamkan momen indah anda di sana.
  11. Pastikan bagasi anda tidak melebihi muatan yang sepatutnya!

The post Senarai Semak Mudahkan Kembara appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment