Rumahtangga Dato’ Seri Vida Diambang Keretakan?

1

Selain dari sibuk dengan perniagaan kosmetik, usahawan wanita terkenal Dato’ Seri Vida juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan sering melakukan kebajikan. Anda boleh lihat sendiri aktivitinya melalui laman sosial media miliknya seperti Instagram.

Tapi mengejutkan bila ada berita yang mengatakan bahawa dia dan suami (Fairuz Ahmad Zainuddin) sudah bawa haluan masing-masing. Eh biar betul? Berikut penjelasan dari Dato’ Seri Vida Sendiri.

Tak mahu beri penjelasan

Screen Shot 2017-04-02 at 8.34.20 PM

Menurut laporan Berita Harian Online, Dato’ Seri Vida tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut. Dia berkata bahawa dia tidak ingin beri penjelasan buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.

Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi.

Dato’ Seri Vida yang ditemui salah satu festival hadir bersama anak-anaknya tanpa kelibat suami yang sebelum ni sentiasa ada bersama. Isu keretakan rumah tangga Dato’ Seri Vida mula jadi buah mulut orang ramai sejak beberapa minggu lalu. Tambah Dato’ Seri Vida, dia tidak mahu memikirkan perkara itu dan ingin terus fokus pada bidang perniagaan. Vida juga merancang untuk memiliki saluran televisyen sendiri pada masa akan datang.

Sumber: Berita Harian Online

The post Rumahtangga Dato’ Seri Vida Diambang Keretakan? appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment