Pepsi Padam Iklan Yang Menampilkan Kendall Jenner

Gambar: Sumber Google


 
Syarikat Pepsi akhirnya membuat keputusan untuk memadam iklan yang menampilkan model terkenal, Kendall Jenner dari YouTube selepas penonton mula menyatakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial media, Twitter. Jenama minuman terkenal itu turut mengeluarkan kenyataan maaf kepada penonton dan ia juga mengumumkan sebarang keluaran semula kempen itu akan dihentikan.
 

“Pepsi cuba untuk menonjolkan mesej global mengenai perpaduan, keamanan dan persefahaman. Jelas sekali, kami terlepas tanda itu dan kami memohon maaf. Kami tidak berniat untuk menghina mana-mana isu yang serius. Kami akan menarik semula kempen itu dan akan menghentikan semua pelaksanaannya. Kami jug memohon maaf kepada Kendall Jenner kerana meletakkan dia dalam posisi ini,” Pepsi- Harper’s Bazaar

 
Ini bukan pertama kali syarikat ini mengulas mengenai video berkenaan, sebelum ini syarikat ini telah mempertahankan iklan tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan malam semalam.
 

“Ini adalah iklan global yang menggambarkan individu dari pelbagai lapisan masyarakat yang datang untuk memperjuangkan hal yang sama dan kami berfikir bahawa ia adalah mesej yang penting untuk disampaikan,” Pepsi- Harpers Bazaar.

 

Gambar: Sumber Google


 
Pepsi memutuskan untuk menarik semula iklan tersebut selepas ia mencetuskan kontroversi  sejurus selepas iklan itu dikeluarkan pagi semalam. Pengkritik di sosial media telah mengkritik video itu kerana ia tidak sensitif dan tidak menghormati perarakan protes yang sebenar dan juga gerakan sosial yang lain. Bagaimanapun, pihak Jenner masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kempen tersebut.

The post Pepsi Padam Iklan Yang Menampilkan Kendall Jenner appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment