Panduan Mengurus Rambut Berminyak

Rambut berminyak selalunya kuat, sihat dan mudah didandan. Namun, rambut jenis ini cepat hilang bentuk dandanan,mudah kusut, tidak bermaya dan berkelemumur.

Ikuti panduan penjagaan untuk anda yang memiliki rambut berminyak:

  • Sikat dan urus rambut selalu untuk melancarkan peredaran. Ini tidak akan meningkatkan penghasilan minyak, sebaliknya mengekalkan kesihatan rambut anda.

  • Gunakan syampu yang hanya berfungsi untuk mencuci. Syampu yang mengandungi jus sitrik atau asid malic sangat berkesan untuk menghilangkan lebihan minyak yang terperangkap.
  • Hindari syampu berperapi kerana ia mengandungi minyak dan damar yang hanya akan menambah berat pada rambut anda.
  • Jika anda berkelemumur, gunakan syampu berkandungan sulfur.
  • Jika anda menggunakan perapi, elakkan rumusan yang mengandungi lidah buaya, balsam, protein , minyak jojoba atau damar. Pilih protein hidrolis atau silikon. Jika berambut yang diproses seperti dikerinting atau diluruskan, sapu perapi hanya pada hujung rambut.

  • Rawatan terbaik selepas bersyampu adalah dengan mencampurkan jus sebiji lemon di dalam secawan air suam dan ratakan pada rambut. Bilas dengan air sejuk. Jus lemon adalah astringen yang bertindak menutup liang rambut, menghalang pengeluaran minyak dan menjadikan rambut bersinar.

  • Barangan dandanan terbaik adalah mousse kerana tidak mengandungi minyak dan menambah ketebalan.
  • Jauhkan pengering rambut dari kulit kepala. Membiarkan rambut kering sendiri dan melekap pada kulit kepala membenarkan rambut mengumpul minyak.
  • Jangan gunakan semburan rambut yang hanya akan mengumpul habuk dan lembapan dari udara.

The post Panduan Mengurus Rambut Berminyak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment