Destinasi fesyen dalam talian, ZALORA menganjurkan peragaan fesyen lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya dengan mempamerkan 16 jenama di bawah satu bumbung.
Diadakan di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, acara ini menampilkan jenama eksklusif yang dihoskan oleh 1500 media, pengaruh dan pelanggan sepanjang 3 sesi diadakan iaitu pada jam 11 pagi, 4 petang dan 8 malam. Menariknya persembahan kali ini diceriakan dengan kemunculan kembali peragaan fesyen dari koleksi Datuk Tom Abang Saufi. Sebelum ini kali terakhir dia mempertaruhkan labelnya adalah pada 2014.
ZALORAYA2017 kali ini membawa jenama pakaian sopan seperti Kree, Pikat KL, Calacara, Mermaid Luxe, Kami Idea, Minaz, FZK, Lubna, Petra, Ilham Echenta, Naelofar dan Mumu. Tidak ketinggalan jenama-jenama besar dalam industri fesyen tanah air dari Lyndarahim, Syomirizwa Gupta, Tsyahmi dan Tom Abang Saufi.
Dari fabrik pleats di Minaz, Renda penuh drama dari Zalia, sutera dari Pikat Kl, seleksi hijab pelbagai warna dari Ilham Echenta, perjalanan Syomirizwa Gupta melalui nostalgia yang dibentangkan dalam koleksi Cruise dan keindahan seni batik yang diadaptasikan dari koleksi Tom Abang Saufi, kesemua koleksi ini mempunyai karakter dan jalan ceritanya tersendiri.
Turut menyumbang dalam menjayakan acara ini termasuklah kedai salon rambut, Miko Galere, Akademi dan ditata rias oleh Qristina Lin dan Universiti Lim Kok Wing.
Jadi, jangan lupa dapatkan persalinan raya ZALORAYA2017 anda dengan harga yang lebih berpatutan dan pelbagai jenis fabrik serta cetakan meriah khas untuk anda yang ingin tampak bergaya di hari raya
Layari laman sesawang zalora.com.my.
The post Koleksi Busana Raya 2017 Kini Di Zalora appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment