Hidaya Meriahkan Raya 2017 Dengan Koleksi Sugar and Spice

Wanita moden masa kini bahan perlu tampil lebih femini namun cekal dan kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Wanita moden juga perlu tampil manis dan sopan apabila bergaya dan mempunyai semangat yang tidak mudah kalah. Itulah mesej yang ingin disampaikan dalam koleksi Sugar and Spice oleh Hidaya bersempena Eid 2017.

Sesuai dengan namanya, koleksi ini terdiri daripada gabungan kepelbagaian untuk memberi pilihan yang lebih banyak kepada pengguna. Pilihannya termasuklah warna hitam atas helaian hitam, putih atas helaian hitam, pastel dengan renda dan pastel dengan bunga-bungaan. Sebagai tambahan, terdapat juga bulu sintetik dan fabrik organza serta sulaman India yang menambah perisa pada koleksi.

Helaian minimalis yang lebih ringkas tetap dikekalkan. Bagi mereka yang lebih suka bergaya santai untuk dipakai semasa bulan Ramadhan,  beberapa helaian termasuk “Cookiesandcream” iaitu abaya kelabu lembut dengan putih susu dikemaskan dengan renda. “Blackforest” pula abaya berenda yang dihiasi bunga-bungaan liar berwarna-warna. Keduanya-duanya pakaian ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan meskipun sebelum ianya dilancarkan.

Menarikanya, helaian berwarna lembut dinamakan melalui pencuci mulut dan manisan yang diilhamkan manakala untuk helaian berwarna lebih gelap, ia dinamakan sempena nama rempah ratus .

Abaya oleh Hidaya ini dijual di bilik pameran mereka di 1-5 Ken Bangsar. Bermula 26 Mei 2017, para pelanggan juga boleh membeli-belah koleksi ini di Eid Booth, BSC bazaar. Size boleh didapati dari XS hingga XL. Tempahan untuk ukuran badan juga turut diterima.

The post Hidaya Meriahkan Raya 2017 Dengan Koleksi Sugar and Spice appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment