Fattah Amin Bakal Lancar Novel Berjudul Yang Sama Dengan Single Wanita Terakhir

Mungkin sebelum ini ramai yang terkejut pabila Fattah Amin tampil dengan single pertama yang berjudul Wanita Terakhir, tetapi kali ini bintang sensasi ini akan muncul pula dengan novel berjudul yang sama.

 

Gambar : Instagram Fattah Amin

 

Lagu nyanyian Fattah yang bertajuk Wanita Terakhir dihasilkan oleh Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan. Ia merupakan sebuah lagu yang boleh kata menerima sambutan hangat dari peminat-peminatnya. Bahkan, lagu itu dikatakan turut ditujukan kepada pelakon gandingannya sebelum ini dalam drama Suri Hati Mr.Pilot yang menjadi fenomena iaitu Neelofa.

 

Novel yang akan dilancarkan oleh Fattah ini dikatakan diadaptasi dari lagu tersebut. Seperti lagunya itu, ia dihadiahkan untuk peminat yang tidak putus-putus menyokong kariernya termasuklah Lofattah, kini novel ini pula yang bakal menjadi buah tangan penghargaan untuk peminatnya.

 

 

“Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat,” katanya kepada BH Online.

 

Meskipun sebelum ini Fattah turut pernah mengeluarkan senaskhah buku yang berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin, yang dikatakan menerima komen-komen yang kurang memuaskan, namun aktor popular ini seakan tidak jemu menghasilkan lagi buku-buku yang mencerminkan dirinya. Novel ini dikatakan hasil tulisan Ezza Mysara.

 

Ia akan dijual pada harga RM30 senaskhah. Ia juga boleh didapati menerusi atas talian di website FastyleAsia. Fattah yang turut berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagramnya menyatakan yang novel itu akan dilancarkan pada 29 April di PWTC (Bilik Melaka, Aras 2) semasa KL International Book Fair 2017 nanti.

The post Fattah Amin Bakal Lancar Novel Berjudul Yang Sama Dengan Single Wanita Terakhir appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment