Di Sebalik Wajah Diana Danielle

Pelakon, Diana Danielle bakal tampil dengan drama terbaru, Di sebalik wajah yang akan ditayangkan di saluran HyppSensasi 116. Diana Danielle tampil dengan karakter yang berbeza dalam drama arahan Patrick Lim ini. Jelita sempat menemuramah pelakon cantik jelita ini tentang drama terbarunya ini.
 

Gambar: Instagram Diana Danielle


 
1. Ceritakan tentang watak yang dipegang oleh Diana Danielle dalam drama, Di Sebalik Wajah?

Saya memainkan watak sebagai seorang.. pada permulaan drama lagi memang saya dah hilang ingatan. Dalam drama ini, selepas karakter saya hilang ingatan, dia mula membongkar masa silam dirinya dan juga keluarganya dan juga banyak agenda tersembunyi yang dia sendiri tidak pernah tahu. So, I guess losing your memory is not such a bad thing after all.
 
2. Apa yang membuatkan Diana terima drama ini?

Pertama sekali yang Diana tengok adalah syarikat produksi. Selalunyam, kalau Diana ambil mana drama ke, Diana akan tengok production sebab kita boleh tengok rekod pencapaian dan macam mana mereka bekerja. Diana pernah bekerja dengan Filmscape sebelum ini. Jadi, ia sudah jadi kebiasaan setiap kali mereka ajak Diana untuk bekerja sama dengan mereka, Diana akan setuju cuma Diana tidak pernah menyangka yang drama ini akan jadi begitu istimewa dan hakikat bahawa ramai yang mempercayai potensi drama ini sebab Diana dah dekat 10 tahun tidak terlibat dalam drama. Jadi, bila Diana diberi skrip drama ini, pada mulanya, Diana ingat ia sama seperti drama yang lain sampailah Diana pergi ke script reading dan Diana macam terpesona. Drama ini sebenarnya sangat lain daripada yang lain dan drama ini sangat berat sebenarnya. Diana pun tidak pernah buat drama sampai 30 episod dan ini adalah kali yang pertama. Sepanjang hampir tiga bulan bekerja tu sangat mudah. Kami selalu habis ikut masa yang ditetapkan dan tidak ada sebarang masalah sepanjang penggambaran. So, it was like the prefect set to be on.
 
3. Pengalaman bekerja bersama Aliff Aziz?

Aliff Aziz adalah seorang yang berbakat. Pada mulanya, Diana akan skeptikal sama ada dia boleh bawa karakter ini sebab dia adalah karakter utama dan watak itu agak berat jugak. Tapi, dia seorang yang bijak. Dia faham macam mana nak mainkan watak tersebut. Dia seorang yang semula jadi dan I will always work with him again. Amazing guy.
 
4. Jika Diana diberi peluang untuk melakonkan watak penyiasat, kes yang macam mana Diana nak siasat?

Diana sebenarnya agak baik dalam menyiasat tentang seseorang secara umum. Kawan Diana tahu masa zaman Diana dating dulu, jika ada yang nak kenal dengan Diana, Diana akan cuba untuk tahu semuanya tentang mereka dan lebih banyak cerita yang tidak baik keluar, lagi Diana rasa tertarik sebab Diana tak suka kalau orang tu cuma ada good side. Diana nak tahu tentang bad side individu itu. Jadi, Diana rasa Diana boleh jadi dating investigator yang baik. Jadi, jika ada wanita di luar sana yang nak tahu lebih banyak tentang lelaki yang dia nak kenal, dia boleh call Diana. Diana boleh siasat latar belakang lelaki tersebut.
 
5. Watak yang ingin Diana lakonkan dalam projek seterusnya?

Kelebihan menjadi pelakon ini adalah kita selalu berfikir yang kita mahu memainkan peranan yang tertentu sehinggalah ada peranan lain yang datang dan kita tidak akan menyangka yang kita akan mainkan watak tersebut dan kemudian, kita sedar yang watak itu adalah watak impian kita. Jadi, Diana suka bersikap terbuka kepada kemungkinan yang ada. Diana rasa jika adanya skrip yang tepat, krew produksi yang tepat dan masa yang sesuai, kita boleh dapatkan sesuatu yang lebih menarik daripada apa yang kita harapkan. Jadi, Diana sentiasa pastikan Diana akan bersikap terbuka.
 
6. Macam mana Diana kekal segar sepanjang penggambaran?

Sukar sebenarnya sebab kulit Diana agak sensitif. Bila Diana pakai banyak sangat make up, I’ll get breakouts and things like that. Nasib baik, Diana adalah seorang yang tidak pentingkan sangat penampilan sebab bila kita pakai make up, kita boleh sembunyikan hampir 99% apa yang ada pada kulit kita. Apa yang paling penting adalah tenaga dan stamina dan untuk mengekalkan tenaga dan stamina di set penggambaran, anda perlukan tidur yang mencukupi dan sentiasa pastikan krew set penggambaran turut memberikan tenaga positif sebab apabila kita rasa penat dan tidak bertenaga, pastinya anda perlukan rakan anda untuk memberikan tenaga positif agar anda boleh menjalani hari tersebut dengan positif.
 
7. Apa yang Diana harapkan dari drama ini?

Diana berharap agar penonton akan suka dengan plot cerita ini kerana ia adalah skrip yang rumit. Drama ini lebih rumit daripada apa yang biasa anda lihat di dalam drama melayu dan setiap watak dalam drama ini mempunyai rahsia yang tersendiri dan masing-masing ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
 
8. Projek terbaru Diana?

Diana ada terlibat dalam drama untuk TV3 yang bertajuk Raisya dan drama ini juga agak menarik. Dalam kedua-dua drama, Diana lakonkan watak antagonis. Jika sebelum ini, ramai yang lihat lakonan Diana sebagai gadis yang baik jadi dengan membawa watak yang berlainan dari kebiasaan, Diana rasa Diana dapat tingkatkan lagi portfolio Diana. Jadi, Diana rasa seronok melakonkan watak ini. Selepas drama ini, Diana ada juga terlibat dalam beberapa telemovie tapi Diana lebih fokus pada muzik. Diana akan mula menghasilkan lagu Diana sendiri. Semuanya yang Diana tulis sendiri and try to be as organic as possible. It’s not for mainstream. Lagu ini Diana cipta khas untuk peminat Diana dan mereka yang mengenali Diana.
 

The post Di Sebalik Wajah Diana Danielle appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment