Detik Mencuit Hati Di Majlis Resepsi Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila

Oleh: Anida Salwani
 
Acara yang berlangsung besar-besaran atas jemputan Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara, bermula jam 8 malam, Ahad lalu (2 April 2017). Majlis ini telah dihadiri Editor Jelita, Anida Salwani Abdul Hadi.
 

 
Ruang menyambut tetamu meriah dengan komiti yang ditugaskan memberitahu kedudukan meja jemputan, selain dimeriahkan dengan photowall dan photobooth berasingan bagi bergambar kenangan.
 
Gerbang masuk ke dewan dihiasi bunga-bungaan rona putih gading, merah jambu dan kekuningan cair melambangkan jiwa romantis pasangan dua hati sejoli.
 
Keluarga Nabila sentiasa menguntum senyuman dengan busana serba biru cair manakala keluarga Sharnaaz kebanyakan hadir berbusana merah jambu.
 

 
Tepat jam 8.30 malam, tetamu VIP diarak masuk ke dalam dewan didahului oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri selain Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K.
 
Ramai juga selebriti tidak ketinggalan meraikan hari besar Sharnaaz dan Nabila, antaranya termasuk Johan dan Ozlynn, Fasha Sandha, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Hanez Suraya, Linda dan Diana Rafar dan ramai lagi. Usahawan produk kecantikan seperti Dato Sri Vida serta Nur Sajat turut dilihat di majlis ini.
 

 
Lain daripada yang lain suasana di majlis resepsi ini dan antara yang melekat di hati dan memori tetamu adalah;

  1. Kejutan nyanyian secara Acapella oleh Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Mencintaimu (dipopularkan oleh Kris Dayanti) sebagai hadiah perkahwinan istimewa.
  2. Ucapan dua beradik perempuan Nabila yang cukup matang, Athisha dan Amira menyambut kehadiran “abang” baru. Terserlah keakraban adik beradik ini kerana sentiasa dengan butiran kata positif.
  3. Nabila cukup tersentuh dengan kata-kata manja adindanya itu hingga menitiskan air mata.
  4. Sewaktu acara merenjis oleh ibu bapa Sharnaaz, bapanya Datuk Basir Ahmad sempat mengusik dengan mencuit pipi anak bongsunya. Barang kali geram diusik kenakalan Sharnaaz, cukup mencuit hati.
  5. Pelukan bapa Nabila buat Sharnaaz cukup lama, diusik pengacara mungkin sedang diberi pesanan ‘panas’ agar menjaga anak perempuannya sebaik mungkin.
  6. Pengacara majlis, Hardi Arbi bijak membawa acara agar berjalan lancar dan penuh seloka. Usikannya tidak melebih-lebih malah mendapat tepukan para tetamu.
  7. Nyanyian Jaclyn Victor bersama suaminya Shawn Rivera cukup tersendiri kerana kedua-duanya berduet lagu Getaran Jiwa. Sedia maklum, suami Jaclyn berasal dari Amerika Syarikat dan belum benar-benar fasih bahasa Malaysia namun cubaannya, amat memuaskan!
  8. Kejutan istimewa daripada Sharnaaz; diusik pengacara untuk menyanyi lagu Hang Pi Mana! Tetapi dendangan lagu I Love You secara ringkas sempat diselit dia lupa lirik, membawa hilai tawa daripada hadirin majlis.
  9. Ucapan Sharnaaz juga padat jenaka bila dia berseloroh selama ini tidak pernah ada adik, tapi kini… “Saya ada banyak adik, BANYAK ADIK..” sambil membuat muka nakal penuh makna namun dia bersyukur kerana kesemua adik-adik iparnya mampu menerimanya dengan baik dan mereka akrab, terutama dengan adik bongsu lelaki Nabila, Faliq Khan.
  10. Usai ucapan, pasangan pengantin menari di pentas, cukup romantis! Hinggakan ibu bapa Nabila hampir-hampir saja menyertai.
  11. Pengacara Meletop dan pelakon Suri Hati Mr Pilot, Neelofa turut dikerumuni rakan dan keluarga untuk bergambar kenangan selain Siti Nurhaliza sebelum dia berangkat pulang.
  12. Hiasan menawan dewan berkenaan hasil sentuhan Reka Teemor. Manakala solekan Nabila oleh Najeeb Azami, dandanan CKay Liow. Persalinan Nabila daripada Datuk Radzuan Radziwill manakala busana Sharnaaz sentuhan Cosry.

 
Team Jelita mengucapkan setinggi tahniah dan semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati…

The post Detik Mencuit Hati Di Majlis Resepsi Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment