Bufet Panggang Cita Rasa Chef Zubir

Sesi berkumpul sekeluarga boleh dipelbagaikan dengan ke restoran hidangan bufet. Bukan saja tak perlu serabut kepala memikirkan siapa suka apa, anda boleh melepak dengan lama sambil berbincang hal kekeluargaan sambil menjamu selera.

Melangkah masuk saja, aroma daging dipanggang terus menambat selera dan keinginan terus membuak-buak. Restoran Laman Grill, Steak & Bar-B-Que milik Chef Zubir Zain yang terkenal sebagai juri rancangan Masterchef Malaysia memiliki suatu aura menyenangkan dan sesuai dijadikan tempat bersantai buat seisi keluarga.

Konsep dapur terbuka di restoran ini memberikan suatu pengalaman yang menarik buat Jelita. Kami dapat melihat sendiri penyediaan makanan oleh chef berpengalaman. Melihatnya saja sudah cukup meliurkan. Bagi bufet panggang, mereka memanggang di luar restoran yang juga dapat dilihat sendiri oleh pelanggan yang datang ke sini.

Antara menu ditawarkan di sini adalah sosej dan kebab ayam, daging kambing, kepak ayam, isi ikan, steak dan kentang yang semuanya dimasak secara panggang. Sudah tentu daging kambing panggang mendapat tempat di hati kami. Bahan perapan makanan dipanggang adalah kunci tarikan di sini. Cara memasak turut membantu kerana daging dimasak sempurna hingga mengeluarkan jus dan cukup lembut. Pilihan sos yang disediakan – pudina, mustard, lada hitam dan juga menambah lagi kepuasan menjamu selera. Selain itu anda juga boleh menikmati aneka juadah pencuci mulut.

Harga: RM65 untuk dewasa dan RM32 untuk kanak-kanak 6-11 tahun

Waktu operasi: Setiap Jumaat dan Sabtu, 6.30 petang – 10.30 malam

Alamat: Laman Grill, Steak & Bar-B-Que, G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam | Laman Grill, Steak & Bar-B-Que, No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang.

The post Bufet Panggang Cita Rasa Chef Zubir appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment