Allianz Flight Care Bayar Semula Penerbangan Tertangguh

Hanya dengan sejumlah RM10, Allianz Flight Care akan membayar anda RM50 sekiranya penerbangan domestik anda tertangguh.
 

 
Anda boleh mendapatkan polisi Allianz Flight Care di  laman sesawang Allianz Malaysia Berhad. Polisi ini akan membayar kepada anda sekiranya penerbangan dalam Malaysia ditanguhkan selama lebih daripada 30 minit. Perlindungan daripada Allianz ini juga merangkumi sebarang penerbangan domestik anda yang dijadualkan semula tertangguh untuk tempoh yang sama. Anda akan dikreditkan sejumlah RM50 ke dalam akaun bank mereka dalam tempoh tiga hari bekerja.
 
Anda akan menerima sejumlah RM 50 ringgit pada minit ke-31 untuk penerbangan domestik ditunda. Malah, anda tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen untuk menebus duit tersebut. Wang akan dikreditkan kepada akaun bank anda dengan lima langkah mudah.
 
Ini adalah produk pertama seumpamanya dalam industri dan ia turut menawarkan anda pilihan perlindungan untuk perjalanan sehala atau pergi balik untuk penggembara tunggal atau seorang pengembara dengan maksimum lima ahli keluarga. Polisi ini juga meliputi mana-mana penerbangan yang menawarkan penerbangan dalam Malaysia dan sebaiknya tiket dibeli tidak lewat daripada 24 jam sebelum waktu berlepas.
 
Untuk mendapatkan Allianz Flight Care, layari laman sesawang Allianz Malaysia Berhad (klik link di atas) dan klik pada Flight Delay Coverage. Tentukan perlindungan yang anda inginkan (perjalanan sehala atau pergi balik) dan isikan maklumat yang diperlukan.
 
Polisi ini adalah yang pertama daripada dua produk insurans am yang boleh didapati di platform tersebut. Produk lain yang tersedia untuk pembelian secara online adalah Enhanced Road Warrior; bantuan tepi jalan 24 jam Allianz yang terbaik.
 

The post Allianz Flight Care Bayar Semula Penerbangan Tertangguh appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment