Tip & Panduan Membela Hamster

Pegang panduan ini apabila anda berniat untuk menjadikan hamster sebagai haiwan peliharaan. Kecil, namun hamster masih memerlukan perhatian khusus setiap hari.

Terdapat banyak jenis hamster yang boleh dipilih dan kebanyakannya memiliki jangka hayat dua ke tiga tahun. Hamster gemar tidur, walaupun ada yang aktif pada waktu pagi dan tika tenggelamnya matahari. Haiwan kecil seperti tikus ini sangat memerlukan perhatian yang khusus, walaupun ia nampak mudah untuk dijaga berbanding haiwan yang lain. Jika anda masih ragu-ragu dalam proses memelihara hamster, kami sediakan panduan untuk anda.

Sebelum Mendapatkan Hamster…

  1. Pilih tempat yang anda boleh dapatkan hamster yang baik dan sihat. Hamster yang sihat mempunyai telinga bersih, mata bersih dan terang, gigi yang sihat dan perut bulat kecil.
  2. Anda memerlukan bajet yang agak banyak untuk membeli keperluan kesihatan hamster, sangkar dan permainannya.
  3. Fikirkan saiz dan warna bulu hamster yang anda mahukan.
  4. Elakkan daripada mengambil hamster yang menggigit dan mencakar secara agresif. Juga elakkan hamster yang pemalu dan takut-takut.
  5. Hamster yang terbaik adalah yang mula menghidu tangan anda dan akan secara perlahan mendekati tangan apabila anda mahu memegangnya.

Sediakan Sangkar

  1. Pilih sangkar yag bersesuaian dengan hamster anda. Jika hamster anda aktif, ia memerlukan sangkar luas yang membolehkan ia bergerak bebas. Pastikan sangkar itu mempunyai ruang aliran udara yang baik.
  2. Letakkan sangkar di tempat yang selamat dan jauh daripada haiwan peliharaan yang lain (jika ada).
  3. Pastikan pintu sangkar sentiasa tertutup dan tidak mudah untuk hamster anda keluar daripadanya.
  4. Sediakan pelbagi jenis permainan untuk hamster anda di dalam sangkar. Mainan seperti kotak tisu kosong, tiub, terowong, paip PVC dan roda berpusing dapat mengelakkan hamster daripada kebosanan dan terus kekal aktif.
  5. Kenal pasti ciri hamster anda. Ada hamster yang biasa bersendiri, manakala ada yang boleh tinggal bersama dan bercampur dengan hamster lain. Ini untuk mengelakkan daripada hamster bergaduh hingga boleh mengakibatkan kematian.
  6. Pastikan dasar sangkar dilapisi dengan lapisan yang betul dan tidak membahayakan hamster anda dan memberi keselesaan kepadanya ketika tidur.
  7. Jika anda mahu mencuci sangkar, pastikan anda letakkan hamster di tempat yang selamat.
  8. Cuci sangkar menggunakan campuran sabun khas hamster bersama air. Cuci lebihan sabun yang ada dengan air dan biarkan ia kering. Sentiasa ingat bahawa deria bau hamster sangat sensitif dengan bau sabun dan hal itu akan mengganggunya.

Makanan dan Air

  1. Berikan makanan yang mencukupi kepada hamster anda setiap hari. Makanan itu haruslah segar dan diletakkan di dalam bekas makanan besi dan bukannya plastik, di mana ia boleh menggigit dan telan plastik tersebut yang membahayakannya.
  2. Berikan hamster makanan jenis pelet atau blok.
  3. Walaupun hamster tidak banyak minum air, tetapi anda harus pastikan air sentiasa ada untukya. Sediakan bekas air khusus untuk hamster anda yang memudahkan ia minum.
  4. Letakkan makanan hamster pada serata tempat – di dalam bekas, permainan dan sekitar sangkar. Ini menggalakkan hamster anda untuk mencari makanannya, selain mengelakkan ia daripada berlebihan berat badan dan kurang tertarik dengan aktiviti fizikal.
  5. Jauhi makanan yang biasa anda makan (pasta, ikan, daging, pemanis mulut). Semua itu akan memudaratkan kesihatannya.
  6. Sekali sekala, anda boleh berikan sesuatu yang istimewa kepada hamster anda, mungkin dua atau tiga kali seminggu. Anda boleh berikan ia makanan seperti lobak merah, timun, epal, pisang dan saderi.

The post Tip & Panduan Membela Hamster appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment