Sharnaaz Ahmad Rancang Punya Enam Orang Anak

Dengan sekali lafaz, Sharnaaz Ahmad sah bergelar suami kepada Noor Nabila tepat pada jam 9.15 malam tadi.

 

 

Bertempat di Royal Ballroom, Royale Chulan Damansara Hotel, Sharnaaz dan Nabila dinikahkan oleh Ustaz Haji Syamsul Firdaus Bin Haji Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana selaku wakil wali kepada bapa kandung Nabila.

 

Sharnaaz menyerahkan lima dulang hantaran dengan mas kahwin bernilai RM1,000  kepada Nabila dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran.

 

 

Majlis yang diadakan bertemakan putih itu diadakan penuh kesederhanaan dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuklah rakan-rakan media.

 

 

Sharnaaz tampil segak dengan persalinan lengkap baju melayu berona putih rekaan Putra Cosry, manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun berseri dengan busana pengantin hasil ciptaan Datuk Radzwan Radzwil.

 

Ketika ditemui di majlis pernikahannya, Sharnaaz mengucapkan syukur setelah selamat bergelar suami kepada Noor Nabila.

 

“Hari ini (31 Mac 2017) , tepat jam 9.15malam, saya selamat diijab kabulkan bersama cinta hati saya iaitu Noor Nabila binti Mohd Noor dan InshaAllah saya akan terus dalam industri seperti biasa. Dan jangan lupa untuk mendoakan kebahagiaan kami, penyatuan ini orang kata direstui oleh Allah S.W.T dan semua orang,” ujar Sharnaaz.

 

Menurut Sharnaaz, pemilihan lokasi bulan madunya telah dibuat sepenuh oleh isterinya iaitu di Itali setelah selesai majlis resepsi di sebelah pihak lelaki  yang bakal mengambil tempat di Straits Quay Convention Centre Pulau Pinang pada 8 April depan.

 

Katanya lagi, mereka akan berbulan madu selama tiga minggu di sana. Ketika ditanya perasaannya sebelum majlis tersebut berlangsung, Sharnaaz menjawab “Tadi ketika saya duduk sebenarnya saya sudah tidak lagi gugup, tetapi sebenarnya sebelum tiba di sini iaitu di dalam bilik saya rasa agak gugup sebab bila tibanya senja saya rasa aura maghrib itu sudah sampai. Namun selangkah masuk sahaja ke dalam dewan ini saya rasa sebab saya melihat wajah-wajah yang dikenali ada depan mata saya, jadi saya rasa tidak goyanglah, alhamdulillah.”

 

Nabila turut menyatakan perasaan berdebarnya sebelum selamat diijab kabulkan.

 

“Saya sememangnya berdebar, tetapi ketika Sharnaaz melafazkan ijab kabul, saya terus berasa gembira dan terharu,” ujar Nabila.

 

Tambah Sharnaaz, “Mungkin saya pernah buat liveshow, debarannya itu walaupun satu Malaysia tengok, yang ini hanya dilihat satu dewan ini sahaja tetapi dia punya debaran tanggungjawab yang dibawa ketika berjabat tangan tadi itu lain ceritanya. Dan alhamdulillah saya dapat selesaikan dengan baik dan saya bersyukur kerana Nabila sudi menjadi suri rumah saya selama-lamanya. InshaAllah. Dan saya rasa saya sangat bangga. Today i became a man.”

 

Ketika ditanya kepada Nabila apakah dirinya akan memberikan had atau batasan kepada suaminya selepas ini kala berlakon, Nabila menyatakan “No restrictions. Sharnaaz pun dan tahu dan saya rasa tidak perlu bagitahu dia pun kerana dia sememangnya sudah tahu. Saya respek kerjaya dia sebagai seorang pelakon dan dia bebas berlakon dan berbatas,” sambil tersenyum.

 

Sebelum mengakhir sesi sidang media itu, Sharnaaz sempat memberikan ucapan romantis buat isterinya.

 

“Sayang, I ingin mengucapkan terima kasih pada you kerana sudi terima I menjadi suami you dan InshaAllah kepada bapa anak-anak kita nanti yang akan ada pada 25hari bulan madu itu, dan InshaAllah I akan jaga you selamanya dan mungkin kalau I ada buat silap sebagai suami, tegurlah I. Dan kalau you buat silap sebagai isteri, I tegur,” tutur lembut Sharnaaz kepada Nabila.

 

Thank you sayang. You tahu I sayang you, I akan masak untuk you, I kemas baju-baju you, itu sahajalah,” ujar Nabila tersegan ketika diminta untuk mengucapkan ucapan manis kepada suaminya.

 

Sempat ditanya akan rancangan cahaya mata, Sharnaaz menjawab “InshaAllah saya merancang dan itu kuasa Allah, enam. Kalau boleh, separuh separuh. Tiga lelaki dan tiga perempuan, itu pun jadilah.”

 

EH! mengucapkan ucapan setinggi tahniah kepada Sharnaaz dan Nabila. Semoga selamat melayari bahtera perkahwinan serta dikurniakan dengan anak-anak yang bakal memeriahkan lagi rumah tangga kalian.

 

EH! kongsikan gambar di sekitar majlis pernikahan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

 

 

The post Sharnaaz Ahmad Rancang Punya Enam Orang Anak appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment