Rawatan Wajah Kembalikan Seri Semula Jadi Di Mandara Spa

Wajah kusam dan penat biasanya terjadi akibat kurang tidur, tekanan, terdedah pada pencemaran serta juga dari faktor pemakanan. 

 

Masalah itulah yang sering terjadi di kalangan wanita bekerjaya masa kini. Disebabkan masalah tersebut, wajah kelihatan kurang bermaya sekaligus menghilangkan seri pada wajah.

 

Bukan sahaja ia boleh mengundang lebih banyak masalah kulit lain, malah ia boleh mengurangkan keyakinan diri sekaligus merosakkan reputasi kerjaya di tempat kerja.

 

Atas sebab itu, sebaiknya jalani rawatan wajah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Bukan sahaja mampu meredakan segala masalah iritasi pada kulit, bahkan pada masa yang sama wajah akan lebih berseri dari sebelumnya.

 

Elemis Skin Specific Facial adalah salah satu rawatan wajah yang saya cadangkan jika anda mahu menjalani rawatan wajah kerana ia bukan hanya mampu mengembalikan keserian wajah, malah mengatasi masalah kulit yang dialami.

 

Anda boleh jalani rawatan ini di mana-mana rangkaian Mandara Spa di Malaysia termasuklah di Sunway Resort Hotel & Spa, Renaissance Kuala Lumpur, Sheraton Imperial serta banyak lagi lokasi lain di Malaysia.

 

Saya kongsikan pengalaman saya ketika menjalani rawatan wajah Elemis Skin Specific Facial di Mandara Spa untuk informasi anda.

 

Langkah 1

 

 

1. Pakar terapi di Mandara Spa pasti akan memulakan satu sesi rawatan dengan memberikan ‘welcoming touch‘ sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Untuk rawatan ini, terapi membersihkan tapak kaki serta memberikan urutan ringan.

The post Rawatan Wajah Kembalikan Seri Semula Jadi Di Mandara Spa appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment