Putera George Bakal Mulakan Sesi Persekolahan September Ini

Putera George yang berusia tiga tahun bakal memulakan frasa baru dalam hidupnya tidak lama lagi. Kensington Palace telah mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa Putera George bakal memulakan sesi persekolahannya di Thomas Battersea School di London, bermula pada bulan September.
 

Gambar: Instagram Kensington Palace


 
Ternyata berita itu mengejutkan rakyat London kerana ramai yang menjangkakan Putera kecil itu untuk menghadiri sekolah yang sama dengan ayahnya, Putera William iaitu di Wetherby School.
 
Sebelum pihak istana mendedahkan berita yang mengejutkan itu, ibu bapa pelajar Thomas Battersea School telah menerima surat daripada guru besar sekolah tersebut, Ben Thomas:
 

“Like so many parents, the Duke and Duchess have put a great deal of thought into the choice of their eldest child’s first ‘big school’. We are honoured that the aims and values of Thomas’s reflect those that Their Royal Highness’s would like for Prince George’s education. We are deeply conscious of the trust that they, like all Thomas’s parents, are placing in us and we hope very much to live up to their expectations.”Ben Thomas- Aol.com

 
Menurut The Telegraph, peraturan utama sekolah itu adalah untuk berbuat baik dan pelajar tidak digalakkan untuk memilih kawan untuk mengelakkan sikap tidak adil di antara pelajar. Kos yuran setiap penggal sekolah berprestasi tinggi itu dilaporkan sebanyak 4.500 pound atau lebih daripada 5,000 pound.
 

The post Putera George Bakal Mulakan Sesi Persekolahan September Ini appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment