Model Berkerusi Roda Meriahkan Pertunjukkan Fesyen Moscow

Satu pertunjukan fesyen Moscow telah mengambil satu langkah besar dalam perubahan industri fesyen- pertunjukan fesyen ini telah menampilkan model berkerusi roda.
 

Gambar: Sumber Google


 
Minggu lepas, Open World sebuah organisasi non-profit yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu orang kurang upaya telah menyertai Minggu Fesyen dengan mengadakan pertunjukkan fesyen mereka sendiri yang terdiri daripada model yang berkerusi roda yang memperagakan kesemuanya dari pakaian koktel, seluar kulit sehinggalah perhiasan kepala tulle.
 
Ini bukanlah kali pertama industri fesyen Moscow telah menggunakan platform ini untuk memberikan perhatian kepada model kurang upaya, Yahoo! Style pernah melaporkan model berkerusi roda pernah muncul semasa Minggu Pertunjukkan Fesyen Bezgraniz Couture pada 2016. Dan pada tahun 2014, pereka fesyen dari Rusia telah bekerjasama di acara fesyen, Fashion Without Boundaries yang memberi peluang kepada model kurang upaya.
 
Ini sudah pasti membuktikan bahawa industri fesyen telah mengorak langkah ke arah yang mementingkan kepelbagaian. Fashion Spot melaporkan pertunjukan fesyen musim luruh 2017 adalah musim fesyen yang menunjukkan banyak kepelbagaian.
 
Namun masih ada banyak hal yang harus di ambil perhatian. Model dari identiti jantina,saiz, umur dan tahap kebolehan yang berbeza masih tidak diberikan banyak peluang yang selayaknya untuk mereka. Oleh itu, industri fesyen tempatan kita juga boleh menggunakan alternatif seperti ini untuk memberikan kesedaran tentang kepelbagaian dalam industri fesyen.

The post Model Berkerusi Roda Meriahkan Pertunjukkan Fesyen Moscow appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment