Manusia Lebih Suka Luangkan Masa Dengan Kucing Daripada Pasangan Mereka

Jika anda mempunyai kucing di rumah, anda mungkin faham hubungan yang terjalin antara anda dan kucing anda. Walaupun dengan kuku tajamnya, sifatnya yang suka menggigit pergelangan kaki anda ketika anda berjalan dan keupayaan mereka untuk membuat hidup anda kelam-kabut hanya untuk memastikan anda memberikan mereka makan, kita sebagai manusia sememangnya lemah dengan kucing.
 

Gambar: INGimage


 
Ia ternyata bahawa ikatan hubungan antara manusia dan kucing adalah lebih kuat dari anjing. Satu kajian menunjukkan bahawa 64% dari pemilik kucing lebih gemar menghabiskan masa mereka bersama kucing daripada pasangan mereka.
 
Jika diberi pilihan antara menghabiskan malam romantis dengan pasangan atau dengan kucing, satu kaji selidik dari National Today telah melakukan kaji selidik terhadap 1,000 pemilik kucing dan 64% daripadanya lebih suka duduk di rumah bersama kucing mereka daripada makan malam bersama pasangan. Kaji selidik ini dilakukan sebagai penghormatan kepada hari Respect Your Cat pada 28 Mac lalu namun Jelita percaya anda harus menghormati kucing anda setiap hari.
 
Selain itu, National Today turut menanyakan kepada pencinta kucing bagaimana mereka menunjukkan rasa hormat kepada kucing mereka. 81% daripada mereka akan membelai kucing mereka untuk menunjukkan rasa hormat. 78% lagi akan memuji kucing mereka. 65% daripada mereka menunjukkan rasa hormat kepada kucing mereka dengan memberikan kucing tersebut layanan yang baik. 62% pula menunjukkan rasa hormat kepada kucing mereka dengan memeluk kucing itu. Hanya 16% menunjukkan rasa hormat kepada kucing mereka dengan mebelikan kucing mereka hadiah.
 
Bagi mereka yang menyatakan mereka lebih suka menghabiskan masa dengan kucing mereka daripada pasangan mereka ini mungkin kerana 37% daripada mereka merasakan yang kucing mereka lebih memahami mereka daripada pasangan mereka sendiri. Sekiranya ini yang anda rasakan pada kucing dan pasangan anda maka anda perlu duduk berbincang dengan pasangan anda.

The post Manusia Lebih Suka Luangkan Masa Dengan Kucing Daripada Pasangan Mereka appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment