Kerabat Diraja England Perlukan Slip Kebenaran Untuk Berkahwin

Hubungan Putera Harry dan pelakon, Meghan Markle telah mencetuskan spekulasi bahawa kerabat diraja akan mengadakan majlis perkahwinan yang hebat tidak lama lagi. Namun, kemeriahan itu harus ditunda sehingga Meghan dapat menawan hati nenda Putera Harry iaitu Ratu Elizabeth II- dan mereka harus mendapatkan kebenaran secara bertulis.
 

Gambar: TPGimage


 
Hal ini perlu dilakukan mengikut Akta Perkahwinan Diraja 1772 di mana Raja/ Ratu mempunyai hak veto dalam perkahwinan kerabat diraja dan Raja/ Ratu juga perlu untuk memberikan persetujuan secara formal kepada perkahwinan berkenaan. Akta ini dilaksanakan untuk menjaga status kerabat diraja daripada individu yang boleh ‘mencelarkan status kerabat diraja.’ Hakikat bahawa Meghan adalah janda (dia pernah berkahwin dengan Trevor Engelson pada tahun 2011-2013) mungkin sedikit sebanyak telah merosakkan peluangnya namun sebenarnya hal ini bukanlah satu masalah. Peraturan perkahwinan kerabat diraja kini lebih longgar daripada sebelumnya dan sebab yang lain adalah Ratu Elizabeth sendiri pernah berdepan drama seperti ini sebelum ini.
 
Walaupun akta ini tertakhluk kepada semua kerabat diraja namun pada tahun 2013, akta ini telah digubal di mana akta ini hanya berkuat kuasa kepada enam kerabat diraja yang berada di dalam barisan mewarisi takhta iaitu Putera Charles, Putera William, Putera George, Puteri Charlotte, Putera Harry dan Putera Andrew. Dengan kelahiran Puteri Charlotte pada tahun 2015, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie telah turun ke tangga ketujuh dan lapan. Maka mereka berdua boleh berkahwin dengan pilihan hati mereka tanpa perlu meminta kebenaran Ratu England.
 

Gambar: TPGimage


 
Bahkan sebelum Putera William melamar Kate Middleton pada Oktober 2010, Putera William perlu mendapatkan kebenaran dari Ratu Elizabeth. Ratu Elizabeth telah menandatangani notis kelulusan untuk penyatuan Putera William pada 9 Feb 2011, hanya dua bulan sebelum Kate dan William berkahwin.
 
Setakat ini Meghan dikatakan sudah bertemu dengan bapa mentuanya, abang ipar dan birasnya namun Meghan dilaporkan masih belum berjumpa dengan Ratu Elizabeth II dan jika Ratu Elizabeth II tidak berkenan dengan Meghan maka dia mempunyai hak untuk melarang mereka daripada berkahwin.
 
Tiada peraturan yang mengatakan putera harus berkahwin dengan seseorang daripada kerabat diraja ataupun bangsawan, mereka bahkan boleh berkahwin dengan individu dengan kepercayaan lain seperti Yahudi, Buddha, Muslim atau ateis tetapi di bawah Act of Settlement 1701, sesiapa yang berada di dalam barisan untuk menaiki takhta tidak boleh berkahwin dengan sesiapa dari kepercayaan Katolik ini kerana raja berkhidmat sebagai Head of the Prostestant Anglican Church of England.
 
Seorang raja itu boleh melepaskan haknya untuk mewarisi takhta sekiranya dia ingin berkahwin tanpa kebenaran seperti yang berlaku pada bapa saudara Ratu Elizabeth II, Raja Edward VIII yang melepaskan takhtanya untuk berkahwin dengan kekasih Amerikanya, Wallis Simpson dan ayah Ratu Elizabeth II dipilih untuk menaiki takhta.
 

Gambar; TPGimage


 
Meghan juga tidak perlu khuatir dengan status jandanya kerana kerabat diraja juga pernah menghadapi hal ini sebelum ini. Putera Charles dan kekasihnya, Camilla telah berkahwin setelah Putera Charles mendapatkan kebenaran daripada Ratu Elizabeth II. Bahkan Ratu Elizabeth II sendiri yang memberikan cadangan kepada Putera Charles dan Puteri Diana untuk bercerai selepas perkahwinan mereka dikatakan sudah tidakk boleh diselamatkan lagi.
 
Bagaimanapun, hubungan Putera Harry dan Meghan Markle masih lagi baru. Mereka masih punya banyak waktu untuk membuktikan kepada Ratu Elizabeth II yang Meghan boleh menjadi Puteri yang layak untuk keluarga diraja England.
 

Gambar: TPGimage

The post Kerabat Diraja England Perlukan Slip Kebenaran Untuk Berkahwin appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment