Pada Khamis lalu, The Duchess of Cambridge Kate Middleton telah berucap di acara untuk badan amal British. Di dalam ucapannya itu, Kate turut menyentuh tentang pergelutan yang dihadapinya sebagai seorang ibu kepada dua orang anaknya, Putera George dan Puteri Charlotte.
Kate memulakan ucapannya dengan mengulas mengenai serangan pengganas yang berlaku di Westminster di London pada 22 Mac lalu. Dia turut mengambil masa untuk berdoa kepada mereka yang terlibat dalam serangan itu.
Kate berkata dia banyak mendapat bantuan dan sokongan dari kebanyakan ibu biasa di rumah- ia merujuk kepada pengasuh Putera George dan Puteri Charlotte, Maria Borrallo yang banyak membantunya menjaga kedua anaknya namun bagi Kate, tugas sebagai ibu bapa sangat mencabar.
Kate turut menyatakan bahawa seorang wanita itu akan bertukar sepenuhnya apabila dia menjadi seorang ibu. Dia juga turut mengatakan rasa takutnya apabila dia menjadi ibu selepas kelahiran George. Bagi Kate, tugas sebagai ibu bapa ini tidak mempunyai peraturan dan tiada betul atau salah. Apa yang boleh dilakukan adalah lakukan yang terbaik untuk menjaga keluarga. Tambah Kate lagi, pada waktu inilah kebanyakan ibu termasuk dirinya sendiri akan merasa kurang yakin dengan apa yang patut dilakukan.
Kate juga turut memberikan kesedaran tentang isu kesihatan mental dan penyakit kemurungan yang dihadapi oleh para ibu baru lepas bersalin yang seringkali berpunca dari perasaan keliru dan tekanan untuk menjadi “ibu yang sempurna.”
The post Kate Middleton Menghadapi Kesukaran Sebagai Ibu appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment