Jenis Ulam-ulaman Yang Patut Ambil Jika Ingin Kekal Muda

Semakin kita meniti arus kemodenan, semakin ‘rahsia’ khazanah dunia ini dilupakan. Berpuluh tahun dahulu, ulam-ulaman menjadi makanan tambahan kepada wanita untuk penjagaan kesihatan serta menambah lazat dalam hidangan.

 

[caption id="attachment_105198" align="aligncenter" width="625"] Gambar : Shutterstock[/caption]

 

Apa itu ulam? Ulam boleh didapati daripada beberapa jenis tumbuhan yang boleh dimakan. Ia boleh dimakan secara mentah mahupun dicelur agar mudah dimakan. Ada juga ulam yang perlu direbus dahulu bagi memberi rasa lazat dan menghilangkan pahit.

 

Seperti sayuran dan buah-buahan, ulam mengandungi khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan. Ini kerana ia dimakan mentah atau dimasak seketika sekali gus mengelakkan mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium dimusnahkan oleh haba. Ketahui juga ulam membekalkan serat yang penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan.

 

Ulam Pegaga

 

 

Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

The post Jenis Ulam-ulaman Yang Patut Ambil Jika Ingin Kekal Muda appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment