Hijab Bukan Satu Trend- Pesanan Hebat Dari Pemilik Agensi Model Muslim

Industri fesyen dan kecantikan sememangnya tidak terkenal dengan ciri kesopanan dan kepelbagaiannya. Namun sejak kebelakangan ini, perubahan ketara dapat dilihat dalam dua industri ini dan sekaligus membuktikan yang kecantikan itu datang dalam pelbagai saiz, umur, warna kulit, jantina dan juga agama.
 

Gambar: Instagram Nailah Lymus


 
Lima tahun yang lalu Nailah Lymus, bekas stylist dan pereka telah menubuhkan Under wraps, agensi model Islam yang pertama di dunia. Menurut Lymus dia menubuhkan agensi ini untuk membantu wanita Islam mencapai impian mereka tanpa perlu mereka mengubah iman mereka.
 

“Saya punya kawan Muslim yang ingin menjadi model tetapi mereka berasa mereka tidak boleh melakukannya jikalau mereka berpegang kepada garis panduan Islam. Mereka fikir mereka tidak dapat untuk menutup rambut mereka atau mereka akan berdepan dengan perkara yang melibatkan iman mereka,” Nailah Lymus.

 
Sejak dari itu, agensi yang ditubuhkan Lymus telah membantu wanita Islam ( atau wanita yang bukan Islam tetapi lebih sukakan pakaian yang sopan) untuk mencapai impian mereka dan ada di antaranya yang telah muncul di halaman majalah terkenal seperti The New Yorker dan Vogue. Walaupun ia bukan perkara yang mudah  namun dia merasakan kerja kerasnya telah membuahkan hasil.
 

” Terdapat banyak perhatian yang telah diberikan kepada wanita Islam yang memakai hijab [sekarang]. Wanita yang berhijab kini telah tampil dalam artikel, majalah, kempen atau iklah. Hal ini telah memberikan impak positif kepada perniagaan,” Nailah Lymus.

 
Namun hal ini bukanlah sekadar memajukan perniagaan buat Lymus. Dia akui yang dia sudah nantikan saat ini sejak dari kecil untuk saat di mana wanita berhijab di pandang sebagai wanita yang cantik dan baginya ia sudah menjadi tanggungjawab untuk memberikan kesedaran tentang keindahan agama. Wanita berhijab mula mendapat perhatian dan yang paling penting ia juga membantu untuk mengubah perspektif negatif tentang wanita berhijab.
 
Tambah Lymus lagi, dia masih menerima stereotaip negatif dan perkauman setiap hari dalam kerjayanya. Baru-baru ini dia telah dihubungi oleh pihak yang ingin menggunakan model bertudung untuk satu penggambaran dan model itu harus menggunakan niqab namun niqab itu adalah dari jenis kain yang jarang kerana mereka mahu menggunakan konsep “Jasmine Arabian Nights” iaitu konsep seksi.
 
Lymus tidak terus memberikan respon negatif sebaliknya dia menggunakan peluang ini untuk mendidik dengan menjelaskan kepada mereka bahawa mereka tidak sewajarnya menggunakan agama untuk ‘sexualize’ kan niqab.
 
Satu lagi cara untuk menghapuskan stereotaip adalah dengan mendapatkan lebih banyak hijabis di depan kamera seperti Hafsa Abdullah yang dipilih menjadi model untuk video kecantikan.
 

“Hijab saya adalah sesuatu yang amat penting bagi saya. Ia adalah sebahagian daripada iman saya… ia membuatkan saya kuatm cantik dan menjadikan saya sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar,” Hafsa Abdullah.

 
Hal ini disokong oleh Lymus. Bagi Lymus, industri fesyen dan kecantikan adalah langkah positif untuk mewakili wanita Islam dan dia melihat langkah ini sebagai satu permulaan kepada sesuatu yang hebat- dia juga memberikan amaran kepada mereka yang menganggap ini langkah untuk menjadikan wanita berhijab sebagai trend.
 

” Ramai yang menyangka wanita Islam hanya memakai burqa hitam dan berjalan di belakang suami mereka. Itu mungkin benar bagi beberapa wanita Islam namun bukan semua wanita Islam mengamalkan adat yang sama. Kita mungkin “trend” untuk orang lain tetapi [ kami bukan trend]. Ini adalah gaya hidup kami. Ini adalah identiti kami,” Nailah Lymus.

 
Sumber: Refinery29

The post Hijab Bukan Satu Trend- Pesanan Hebat Dari Pemilik Agensi Model Muslim appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment