Henry Golding bakal berlakon dalam filem Warner Bros sebagai watak utama dalam filem adaptasi, Crazy Rich Asia.
Golding akan memainkan watan Nick Young dalam filem yang diadaptasi dari novel terlaris hasil tulisan Kevin Kwan. Filem ini akan diarahkan oleh Jon M.Chu. Golding akan berganding dengan pelakon, Constance Wu. Filem ini mengisahkan tentang kisah keluarga kaya yang tinggal di Singapura.
Menurut Chu dalam satu temu bual dengan Channel News Asia, pihak penerbitan telah merantau seluruh dunia untuk mencari pelakon lelaki yang benar-benar sesuai untuk memegang watak utama filem ini. Ternyata Golding adalah pelakon yang sesuai untuk memegang watak ini. Chu juga tidak sangka yang dia akan menemukan watak utamanya di tempat yang sama dalam filem itu iaitu Singapura.
Golding kini bernaung di bawah syarikat hiburan di Singapura, FLY Entertainment. Henry Golding cukup terkenal sebagai pengacara rancangan televisyen yang berketurunan British dari sebelah bapa dan Sarawak dari sebelah ibu.
Antara karyanya sebelum ini termasuklah Food Reformers yang diterbitkan oleh Channel News Asia dan Don’t Mess with Us. Dia juga pernah muncul dalam rancangan The Travel Show terbitan BBC.
The post Henry Golding Pegang Watak Utama Dalam Filem Warner Bros appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment