Semua wanita inginkan kulit sempurna namun untuk mendapatkannya bukan hanya bergantung pada produk kecantikan yang mahal tetapi yang paling penting adalah penjagaan yang rapi. Produk kecantikan tidak akan berguna sekiranya rutin penjagaan wajah anda tidak teratur. Jelita senaraikan empat langkah mudah untuk mendapatkan kulit yang cantik sempurna.
Membersih
Pilih pembersih muka yang tidak berbuih seperti susu, balsam atau krim pembersihan (cleansing cream) atau pembersih yang berbuih kerana bahan yang terkandung di dalamnya dan bukan kerana terkena air (buih tanpa SLS). Jika anda memakai mekap, pertama sekali anda perlu menanggalkannya dengan menggunakan remover khas, air micellar, minyak hydrophilic dan kemudian baru anda bersihkan wajah anda.
Toning
Ia adalah lebih baik jika anda menggunakan toner berasid yang boleh membantu untuk merawat tekstur kulit, membersihkan liang pori dan membantu memudahkan penjagaan kulit anda. Cari toner yang mengandungi asid salisilik dan jangan beli di kedai ubat kerana kandungan asidnya terlalu pekat. Ia sesuai untuk kulit yang berminyak sama seperti asid AHA.
Melembap
Pilih krim yang sesuai dengan kulit anda namun anda perlu ingat krim hanya bertindak sebagai pelindungan yang akan memberikan kelembapan tambahan, khasiat dan sebagainya. Sekiranya anda memerlukan penjagaan intensif makan anda perlu membeli serum dan gunakannya sebelum anda memakai krim.
Krim Pelindung Matahari
Pastikan anda sentiasa memakai krim pelindung matahari setiap kali anda keluar rumah. Krim pelindung matahari bukan sahaja digunakan ketika cuaca panas bahkan sewaktu cuaca mendung juga. Sinaran matahari yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan dan juga meningkatkan risiko mengidap kanser kulit. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memakai krim pelindung matahari untuk melindungi kulit anda.
The post 4 Langkah Mudah Untuk Kulit Sempurna appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment