Terdapat dua jenis manusia di dunia ini. Satu yang suka bangun pagi dan satu lagi yang suka menundakan bunyi loceng jam sekali, dua kali, tiga kali sebelum bangun dari katil sambil menrungut. Tidak kira di mana anda berda, masa adalah satu komoditi berharga memandangkan hanya terdapat 24 jam dalam satu hari. Jadi tidak hairanlah ramai individu yang berjaya di dalam hidup suka bangun pagi untuk memulakan hari mereka tidak kira sama ada bersenam di gim atau bermeditasi.
Jelita senaraikan tabiat yang sering dilakukan oleh individu yang berjaya pada waktu pagi.
Elakkan Media Sosial
Elakkan daripada menggunakan media sosial pada waktu pagi. Melihat kehidupan orang lain di laman media sosial di waktu pagi akan mengalihkan perhatian anda daripada matlamat hidup sebenar. Adalah lebih baik jika anda tutup telefon anda atau letakkannya dalam mod senyap sehingga anda bersedia untuk menghadapi cabaran pada hari itu. Gunakan masa bebas telefon untuk menulis matlamat anda di atas kertas atau nikmati pagi anda dengan tenang bersama secawan kopi.
Motivasi Diri Sendiri
Kita semua mempunyai suara hati yang selalu meminta kita untuk membuat keputusan. Kadang kala suara itu adalah senjata yang sangat berkesan. Sentiasa ingatkan diri anda tentang matlamat diri anda dan apa yang perlu anda lakukan. Ia akan membantu anda untuk berada di jalan yang benar walaupun adakalanya anda meragui diri anda sendiri.
Datang Awal
Daripada anda masuk ke pejabat tepat pada masa (atau lambat beberapa minit) cuba untuk datang lebih awal dari rakan sekerja anda yang lain. Gunakan masa tambahan untuk menyemak senarai perkara yang perlu anda lakukan, email, kalendar dan tugasan sebelum anda memulakan pekerjaan anda. Ini semua yang anda tidak dapat lakukan sekiranya anda datang tepat pada masa atau lewat kerana ketika itu anda akan terlalu sibuk dengan mesyuarat dan acara lain.
Bercakap Dengan Kawan
Adalah sangat penting kalau anda mempunyai seseorang yang boleh anda luahkan segalanya. Kerja memang penting tetapi kadang kala anda perlukan masa untuk berehat dari semua kesibukan. Cara terbaik adalah dengan bercakap dengan orang yang rapat dengan anda. Dengan cara ini rakan anda dapat membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah yang sukar untuk diselesaikan. Mereka juga dapat membantu mengingatkan anda tentang matlamat hidup anda.
Membaca
Tidak dinafikan tabiat membaca adalah salah satu amalan yang wajib diamalkan, Ia dapat membantu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga menambahkan rasa yakin dalam diri kita. Gunakan waktu pagi anda untuk membaca surat khabar, majalah, buku ataupun bacaan elektronik. Ini adalah lebih baik daripada anda mengintai kehidupan peribadi seseorang.
Tebus Semula Pagi Anda
Jangan sia-siakan pagi hari anda dengan aktiviti yang melibatkan kerja anda. Cuba untuk menikmati pagi anda dengan tenang. Tapi itu tidak bererti anda boleh melengah-lengahkan masa dengan sarapan lewat pagi. Cuba lakukan sesuatu yang lebih bermakna sebelum kesibukan bermula.
Baring Di Katil
Apabila penggera anda sudah berbunyi itu tidak bermakna anda perlu terus bangun dari katil. Ambil masa 10 minit untuk baring di atas katil sambil bermeditasi dan merenungkan perkara yang anda syukuri dan apa yang anda ingin capai dalam hari akan datang.
The post Tabiat Yang Sering Dilakukan Oleh Individu Berjaya appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment