Berita kehamilan Beyonce adalah berita yang paling mengembirakan bukan sahaja kepada keluarganya bahkan kepada seluruh industri hiburan. Beyonce telah mengesahkan dia kini sedang hamil anak kembar.
Sepanjang kehamilannya ini, Beyonce mendapat sokongan daripada suaminya, Jay Z, anak perempuannya, Blue Ivy dan juga ibu, Tina Lawson dan adiknya, Solange Knowles. Selain itu, dia juga mendapat sokongan daripada beberapa ibu selebriti yang lain untuk menasihatinya dan memeberikan tip untuk membesarkan anak kembar. Antaranya ialah penyanyi legenda, Celine Dion.
Celine Dion adalah ibu kepada sepasang anak kembar yang berusia enam tahun ( termasuk seorang anak remaja berusia 16 tahun). Dion telah kongsikan pengalamannya dalam menjaga anak kembar kepada Beyonce.
“Saya rasa ia adalah satu rahmat yang paling bernilai. Saya mempunyai anak kembar dan saya yakin dia boleh melakukannya. Dia telah berada di dalam industri ini untuk jangka masa yang lama dan dia juga mempunyai keluarga untuk menjaganya. Ia akan menjadi lebih sibuk di rumah tetapi dia bernasib baik kerana dia mempunyai keluarga dan juga rakan-rakan yang boleh membantunya. Namun tiada siapa yang boleh menggantikan status seorang ibu. Dan saya yakin dia adalah ibu yang sangat hebat,” Celine Dion- E! News.
Selain itu, Dion juga tidak berhenti memuji rakan seperjuangannya itu dan turut meluahkan rasa kagumnya apabila dia melihat persembahan Beyonce pada malam anugerah Grammys.
The post Nasihat Celine Dion Pada Beyonce Dalam Membesarkan Anak Kembar appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment