Satu sejarah telah tercipta di Anugerah Oscar yang telah berlangsung pada malam Ahad di Dolby Theatre di Hollywood & Highland Center. Mahersala Ali, pelakon yang membintangi filem Moolight telah merangkul gelaran Aktor Pembantu Terbaik dan sekaligus mencipta sejarah sebagai penerima Oscar pertama yang beragama Islam.
Gambar: Instagram
Pelakon yang berusia 42 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikannya sokongan padu.
“Terima kasih kepada guru dan profesor yang sentiasa mengingatkan saya bahawa semua ini bukan mengenai diri saya. Ia adalah karakter dan saya diamanahkan untuk menceritakan kisah ini menerusi watak dan perwatakan Juan. Isteri sayalah yang memberi kekuatan sepanjang proses ini sekali gus meletakkan saya di sini,” Mahersala
Ini adalah pencalonan pertama buat Mahersala yang menonjolkan lakonan mantap sebagai Juan dalam filem arahan Barry Jenkins itu. Dia berjaya menewaskan Dev Patel (Lion), Michael Shannon (Nocturnal Animals) dan Jeff Bridges (Hell or High Water).
Mahersala yang menceburi bidang lakonan sejak tahun 2001 telah merangkul trofi kategori yang sama pada Screen Actors Guild Awards menewaskan Patel.
The post Mahershala Ali Pelakon Beragama Islam Pertama Yang Raih Oscar appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment