Kulit Cantik Dengan Kunyit

Penggunaan kunyit dalam masakan sememangnya diketahui umum. Namun tahukah anda bahawa kunyit juga berfungsi untuk mencantikkan kulit wajah.

Disebabkan kesannya yang positif pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing. Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim mengecutkan  jerawat berasaskan kunyit.

Dikatakan, masyarakat India sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.

Macam Mana Caranya?

 Anda tidak perlu bimbang kerana ia tidak menelan belanja yang besar. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Serbuk kunyit boleh diguna­kan dan dicampur sedikit  air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.

Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air masak, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.

Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.

 

The post Kulit Cantik Dengan Kunyit appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment