Khidmat Pakar Perubatan Kini Dalam Talian

Bagi anda yang mahukan pandangan perubatan kedua tetapi tidak pasti siapa yang perlu dirujuk  atau bagaimana untuk berbuat demikian, kini boleh mendapatkannya melalui Medical Opinion Asia (MedicalOpinionAsia.com), ia dalah satu perkhidmatan dalam talian yang menghubungkan pesakit secara langsung dengan pakar perubatan dalam pelbagai bidang kepakaran.
 
Ia menawarkan perkhidmatan daripada 50 pakar perubatan terkemuka dalam bidang masing-masing. Anda boleh menghubungi pakar ini secara langsung dari keselesaan rumah anda. Selain itu, Medical Opinion Asia turut membuat pelbagai perancangan untuk meningkatkan jumlah bilangan pakar dan juga telah menjalinkan beberapa pusat kecemerlangan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Singapura
 
Hanya beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan sebelum pakar perbuatan dapat berkongsi maklumat yang anda perluka dalam masa 72 jam atau kurang dari itu.
 
Menurut Pengarah Urusan dan pengasas bersama Stuart J Venner Pack, Medical Opinion Asia adalah satu inovasi penjagaan kesihatan digital yang dicipta untuk menangani peningkatan jumlah pesakit yang ingin mendapatkan pandangan yang lain sebelum mereka memulakan sebarang rawatan terutama sekali jika ia melibatkan keadaaan kesihatan yang serius atau hanya untuk ketenangan fikiran.
 
Penggunaan perkhidmatan ini sangat mudah dan cepat. Anda akan mendapat semua pandangan atau pendapat yang anda perlukan dengan cepat dan berkesan tanpa sebarang tekanan, usaha dan masa yang lama untuk anda mencari pendapat lain. Selain itu, maklumat kesihatan akan dirahsiakan. Asalkan anda punya akses kepada internet dan menghantar rekod/imej perubatan maka ia akan membantu anda tidak kira di mana sahaja anda berada.
 
Sejak portal ini dibuka pada Oktober lalu, minat yang besar telah ditunjukkan bukan hanya oleh rakyat Malaysia tetapi juga dari negara Filipina, Indonesia, UK dan Russia.
 
Barisan pakar yang ditampilkan memiliki kepakaran dalam bidang kardiologi dan pembedahan jantung, radiosurgeri pisau gamma, neurologi dan pembedahan neuro, hati dan surger pankreas, surgeri ortopedik, surgeri tulang belakang, radiologi dan perubatan sukan. Bidang kepakaran yang diawakan dijangka bertambah dalam masa terdekat.
 
MediaOpinionAsia.com adalah platform mesra pengguna, anda hanya perlu melengkapkan soal selidik mudah dan memuat naik rekod perubatan yang diperlukan. Sistem kemudiannya akan memadankan anda dengan pakar yang berkenaan atau anda boleh memlilih daripada panel dan pendapat akan diberikan dalam masa 72 jam atau kurang!
 
Selain itu, anda juga boleh menyimpan rekod atau imej perubatan anda sehingga satu tahun di dalam portal dengan yuran yang minimum. Dengan berbuat demikian, ia memudahkan pakar untuk mengaksesnya dengan cepat dan mudah apabila diperlukan.

The post Khidmat Pakar Perubatan Kini Dalam Talian appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment