#jelitaprihatin2017
#jelitaxhappyfresh
Sumbangan Anda Bawa Perubahan
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, Jelita dengan kerjasama HappyFresh ingin membantu mengurangkan beban sekumpulan wanita hebat yang memperjuangkan kepercayaan mereka di dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Anda juga boleh menghulurkan bantuan dengan menyumbang kepada rumah yang tersenarai di bawah dengan membeli barangan keperluan mereka di portal khas HappyFresh sepanjang Mac ini!
Bagaimana ANDA boleh menyumbang:
- Layari laman web HappyFresh di http://ift.tt/2a8Mbdw
Atau
Muat turun aplikasi HappyFresh di telefon bimbit anda
- Masukkan lokasi anda
- Klik Jelita Prihatin atau mana-mana kedai yang berhampiran dengan lokasi anda
- Pilih Rumah Kebajikan yang ingin anda bantu
- Pilih barangan yang anda ingin beli
- Klik Checkout dan ‘sign up’ jika anda pengguna baru atau ‘log in’ bagi pengguna sedia ada
- Buat pembayaran
*Segala transaksi pembayaran hanya melalui kad kredit sahaja. Pembayaran melalui M2U boleh hubungi terus ke Customer Service HappyFresh di 015-48480004/03-22013483*
Rumah Nur Sakinah
Rumah anak-anak yatim yang terletak di bandar pinggir bandar Subang, Shah Alam ini telah ditubuhkan pada 2012 di bawah Yayasan Kebajikan dan menjaga kira-kira 34 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Rumah anak yatim ini bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menjalankan operasi hariannya daripada makanan, yuran, pakaian, persekolahan dan sewa rumah.
Tel : 017-530 3247 (Puan Zetty)
Alamat: 5, Jalan Zuhrah U5/154, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rumah Solehah
Mula beroperasi dengan memberi perlindungan kepada wanita di jangkiti HIV pada pertengahan 1998 di bawah naungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan STD/AIDS. Pada awal 2000, mereka mula mengambil kanak-kanak mangsa HIV yang memerlukan tempat perlindungan untuk memulakan hidup.
Tel: 012-311 0185 (Cik Fathiiah)
Alamat: 211, Jalan Permai A, Kg Tasek Permai, 68000 Ampang Selangor
Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia
Mereka di sini adalah antara orang tua-tua yang telah tinggal sebatang kara, tiada lagi saudara mahupun anak untuk menumpang kasih. Namun, ada juga sebilangan mereka yang mempunyai anak-anak tetapi tidak mampu menjaga orang tua mereka atas kekangan ekonomi. Ada di kalangan mereka yang menetap di sini, anak-anaknya bertaraf asnaf. Seramai 22 penghuni yang berumur 30 hingga 93 tahun menetap di rumah ini.
Tel: 019-368 8142 (En Sazali)
Alamat: Lot 459/5, Jalan 1 Off Jalan Bangi Lama, Kampung Sungai Purun, 43500, Semenyih, Selangor, Malaysia.
Rumah Kita
Rumah perlindungan bagi wanita & remaja hamil. Rumah Kita tiada had kemasukan, bukan saja wanita hamil, tapi juga wanita teraniaya yang ditinggalkan suami atau didera dan mereka tiada tempat bergantung atau tempat dituju. Rumah ini tidak mengenakan sebarang pembayaran kerana tidak semua yang mampu membayar kos kemasukan hanya mengharapkan golongan prihatin yang sudi menghulur sumbangan.
Tel: 016-3411273 (Kak Mi)
Alamat: No 18 Jln Pandan 8, Tman Pandan Jaya,55100 KL
*Sebarang sumbangan berbentuk wang tunai boleh menghubungi terus ke rumah-rumah di atas*
Wanita-wanita hebat yang memperjuangkan kepercayaan mereka dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Ketahui kisah lanjut mengenai perjuangan wanita-wanita Rumah Kebajikan di atas ada di dalam Jelita edisi Mac 2017!
Bantulah Ringankan Beban. Sumbangan Anda Amat Dihargai !
*TERMA & SYARAT Durasi sumbangan 1-31 Mac 2017. Setiap sumbangan akan dihantar ke rumah yang dipilih pada minggu pertama bulan April. Jelita tidak menerima sebagai sumbangan berbentuk wang. Sebarang sumbangan berbentuk wang, sila hubungi terus ke Rumah berkenaan yang tertera di atas. Sebarang kesuilitan sila hubungi 03-79527000 untuk maklumat lanjut.
** Satu e-mel, satu langganan sahaja.
The post JELITA PRIHATIN 2017 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment