Hadiah Hebat Jelita – Mac 2017

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:

Dapatkan Jelita edisi Mac 2017 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan

Hantarkan borang penyertaan anda kepada
Majalah Jelita
Marketing & Communications Department
Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel

Menangi 22 Set Clinelle Hot Body Shaper Cream Bernilai RM226 Setiap Satu!

Memiliki berat badan yang ideal dengan potongan badan yang langsing memang impian bagi semua. Clinelle memperkenalkan BodyFitness Hot Body Shaper Cream. Seperti janji 6 rahsia kulit Clinelle, Hot Body Shaper Cream diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi yang sihat dan mesra kulit di samping memberi kontur kepada tubuh, menegangkan kulit dan menggalakkan pencerahan kulit. Telah terbukti sejak berabad lagi, kelebihan Alga sebagai antara antioksidan yang kaya dengan mineral dan vitamin yang sering digunakan oleh masyarakat Jepun bagi membersihkan toksin dari dalam tubuh. Formulasinya mempunyai kekuatan formula 3-dalam-1 kerana ia mengandungi tiga bahan aktif daripada Organic Brown Algae yang dapat mengkontur tubuh, melembutkan, melembabkan kulit dan mencerahkan kulit secara selamat. Clinelle BodyFitness Hot Body Shaper Cream adalah inovasi terkini yang dapat menunaikan impian anda mencapai bentuk badan diingini

Menangi 9 Pakej BodyTone Bernilai RM476 Setiap Satu!

Ditubuhkan pada 2008 dengan pelancarannya yang pertama iaitu Power Plate Authorised Centre di Malaysia, studio Bodytone telah menjadi perintis dalam Acceleration Training dan Whole Body Vibration (WBA) Training di negara ini lama sebelum sesiapa tahu keupayaan revolusinya. Sejak itu, ramai telah menemui kelebihannya dan merasa keberkesanannya. Di BodyTone, anda tidak perlu risau dengan hasilnya, ini kerana mereka menyediakan jurulatih yang berpengalaman bagi membantu anda mencapai tahap bentuk badan yang diingini mengikut kemampuan diri. Selain itu, carta penjagaan makanan yang sesuai juga akan dikongsi selain kaedah latihan yang terbaik dan optimum. BodyTone dapat membantu anda mencapai bentuk badan yang diingini sekali gus menyihatkan tubuh badan dalam masa yang singkat dengan hasil yang cepat!

Menangi 50 Set Masker Sephora Bernilai RM100 Setiap Set!

Sephora kini memperkenalkan rangkaian masker terbarunya, Invisilk Mask yang menampilkan kombinasi unik serat berkualiti tinggi dari Jepun iaitu Sepa dan Tencel. Produk ini adalah versi yang terbaru dan dinaik taraf dari pupur sebelumnya, Sephora Therapy Face Masks. Selain itu, ia juga selamat digunakan kerana diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semula jadi dan mesra alam. Sepa adalah sejenis benang mikrofiber yang halus yang membuat masker tersebut berasa ringan apabila dipakai manakala Tencel adalah serat halus yang lebih menyerap dari kapas dan lembapannya yang sangat tinggi membuat kulit wajah anda halus bak sutera. Setiap jenis masker ini memberi kesan yang berbeza, dari anti penuaan dan melembap kepada memutihkan, lantas membuat kulit kelihatan berseri dan bercahaya selepas setiap penggunaan.

Menangi 16 Set Kératase Aura Botanica Bernilai RM315 Setiap Satu!

Kini, Kérastase mengembangkan rangkaian produknya untuk meliputi penjagaan peribadi bagi wanita yang inginkan keaslian dengan Aura Botanica. Untuk rangkaian yang benar-benar didorong kuasa alam semula jadi, Kérastase hanya menggunakan bahan aktif yang terbukti secara saintifik mempunyai kesan ke atas
serat rambut. Antara minyak semula jadi yang sukar ditemui, minyak kelapa berfungsi memberikan nutrisi dan kekuatan kepada setiap helaian rambut dan penghidratan yang berpanjangan. Ingin mendapatkan keserian yang tahan lama, kelembutan dan kehalusan Omega 6 dan Omega 9 dalam minyak argan memberi rambut kilauan yang anda idamkan. Kérastase mengisi keperluan untuk mewujudkan visi mutlak yang baru untuk penjagaan rambut yang mewah serta semula jadi. Rangkaian Aura Botanica baharu dicipta untuk wanita yang percaya bahawa tanggungjawab adalah satu kemestian, prestasi adalah hak dan rambut sihat berseri adalah intipati ekspresi diri.

Menangi 18 Produk Dermalogica Bernilai RM278 Setiap Satu!

Menggabungkan teknologi rawatan kulit dengan primer estetik yang terdapat di pasaran hari ini, Dermalogica memperkenalkan HydraBlurTM Primer. Produk ini dapat memberi penghidratan kulit yang optimum, memberi kesan dramatik yang menyekatakan permukaan kulit anda agar memudahkan aplikasi solekan dan juga kulit tanpa solekan akan kelihatan semula jadi dan berseri! Formulasinya yang ringan serta tidak berminyak amat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit,
terutamanya kulit kering. Ini kerana, ia membantu mengekalkan keseimbangan lembapan kulit agar kulit rasa terhidrat sepanjang hari, serta membantu mengurangkan kehadiran garis halus dan juga kedutan. HydraBlurTM Primer juga mengurangkan penampilan liang pori tanpa mengeringkan kulit dan membuat kulit anda kelihatan seperti bercahaya. Rasai kehebatan primer terbaru dari Dermalogica hari ini! Boleh didapati di semua pusat kesihatan kulit Dermalogica dari Esthetics International Group Berhad yang sah di seluruh negara.

 

The post Hadiah Hebat Jelita – Mac 2017 appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment