Disebabkan Sekeping Gambar, Scha Dianggap Hamil Anak Kedua

Scha Alyahya dikatakan hamil selepas sekeping gambar yang dikongsikan oleh suaminya di laman Instagram, Awal Ashaari seakan menampakkan dirinya berbadan dua.

 

Gambar : Instagram Awal Ashaari

 

Menerusi gambar tersebut, bahagian abdomen Scha dilihat seperti sedikit besar seakan sedang hamil. Pada ketika itu Scha memakai pakaian bermaterialkan kain baldu.

 

Sejurus gambar tersebut dimuat naik, ramai pengikut Awal bertanya jika Scha sedang hamil anak kedua. Namun, pasangan ini menafikannya.

 

Menurut laporan BH Online, Scha menjawab persoalan ramai itu. Katanya, dia kini kerap bersenam bersama seorang jurulatih dan jika hamil pastinya dia tidak akan bersenam intensif sedemikian rupa lagi.

 

“Saya andaikan, orang beranggapan saya hamil kerana baju itu memang menampakkan saya sedikit besar dan kembang. Kita semua tahu, kain baldu memang tebal. Saya sepatutnya mengenakan tali pada bahagian pinggang, tetapi saya membukanya,” kata Scha kepada BH Online.

 

Bagi Scha, ia satu benda yang baik dan mengapa perlu dirinya menafikan jika perkara itu sememangnya baik. Sudah tentu dia tidak hamil sekarang ini dan dalam masa yang sama, Scha berterima kasih kerana ramai yang mendoakan segala yang baik untuk dia sekeluarga.

 

“Semua orang juga tahu, sebelum ini saya berusaha dan mencuba agak lama untuk mendapatkan Lara. Jadi, jelas peminat mahu saya hamil anak kedua pula. Ia juga seperti doa dan saya bersyukur kerana ada yang terus mendoakan buat saya,” ujarnya lagi.

 

 

The post Disebabkan Sekeping Gambar, Scha Dianggap Hamil Anak Kedua appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment