Cara Wanita Asia Gunakan Untuk Elakkan Kulit Gelap

Impian setiap wanita adalah untuk mendapatkan kulit yang putih dan cerah sentiasa. Krim tabir suria adalah antara peneman setia setiap wanita setiap kali melangkah keluar dari rumah bagi mengelak dari kulit bertukar gelap. Bahkan ada juga wanita di Asia yang mengunakan cara yang unik untuk melindungi kulit dari terkena pancaran cahaya matahari. Jelita kongsikan cara yang digunakan wanita Asia untuk elakkan dari kulit gelap.
 

Gambar: INGimage


 
China

Kulit wajah yang putih berseri adalah satu kemestian untuk setiap wanita di China. Disebabkan oleh itu, kebanyakan wanita di China akan memakai facekini ketika berjemur di tepi pantai. Facekini adalah topeng muka yang direka khas untuk dipakai bersama pakaian renang dan fungsinya adalah untuk menutup muka bagi mengelakkan dari kulit wajah menjadi gelap akibat pancaran cahaya matahari.
 
Thailand

Wanita di negara ini pula lebih mempercayai bahawa sabun putih yang diperbuat daripada sperma ikan salmon dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah walaupun sabun itu masih belum mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari pihak kerajaan negara itu.
 
Korea Selatan

Rutin kecantikan dari negara Korea Selatan sering menjadi ikutan negara lain. Ini kerana wanita yang berasal dari negara Korea Selatan kebanyakannya memiliki kulit yang cerah dan cantik. Korea Selatan terkenal dengan rutin 10 hingga 14 langlah penjagaan wajah dan langkah penjagaan kecantikan ini terdiri dari dua jenis pembersih wajah, pelembap, esen, krim skfoliasi (scrub), toner, serum wajah, pupur, krim mata dan pupur mata.
 
India

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh AC Nielsen pada tahun 2012, wanita di India telah menghabiskan 233 ton produk pemutih dalam tempoh setahun. Jumlah ini lebih besar daripada penggunaan Coca-Cola dan penggunaan produk pemutih terus bertambah sekitar 18 peratus setiap tahun.
 
Vietnam

Warna kulit wanita di Vietnam di klasifikasikan mengikut kelas. Wanita yang mempunyai kulit yang gelap tergolong dalam masyarakat kelas pertengahan dan ke bawah. Wanita yang berkulit cerah pula tergolong dalam kelas atasan. Oleh itu, wanita Vietnam sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menjaga kulit agar tidak menjadi gelap kerana terkena pancaran matahari. Salah satu cara yang dilakukan adalah dengan menutup seluruh bahagian tubuh dengan topeng muka, sarung tangan atau kain.
 
Sumber: EH!

The post Cara Wanita Asia Gunakan Untuk Elakkan Kulit Gelap appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment